Berita Terkini

Kisah Lelaki bermimpi melihat Tempat Duduk Syaitan dalam Hati Manusia

katak gajah belalai
Diriwayatkan dari Umar bin Abdul Aziz rahimahullah, "bahawa ada seorang lelaki meminta kepada Tuhan agar Tuhan memperlihatkan kepadanya tempat syaitan dalam hati manusia. Lalu dia melihat dalam tidurnya (bermimpi) tubuh seorang lelaki yang menyerupai batu yang bersih berkilat.

Kelihatan dalamnya dari luarnya. Dan dia melihat syaitan itu dalam bentuk seekor katak, yang duduk atas rusuk kiri orang itu, di antara rusuk dan telinganya. Katak itu mempunyai belalai halus, yang dimasukkan-nya dari rusuk kiri orang itu ke dalam hatinya, dimana dibisikkan kepadanya hal-hal yang tidak baik.

Apabila orang itu mengingati Allah Ta'ala (berzikir), nescaya syaitan itu mengendap."

Hal yang seperti ini kadang-kadang disaksikan dengan mata pada waktu jaga. Sebahagian golongan kasyaf melihat syaitan itu, dalam bentuk anjing bertelungkup di atas bangkai. Ia mengajak manusia kepada bangkai itu. Dan bangkai itu adalah contoh dunia

Ini berlaku sebagai penyaksian bentuk syaitan itu yang hakiki. Sesungguhnya hati itu tidak boleh tidak akan lahir hakikatnya, dari wajahnya yang berhadapan dengan Alam Malakut. Dan ketika itu cemerlang-lah bekasnya, atas wajahnya yang berhadapan dengan alamul mulki wasy-syahadah (alam yang nampak). Kerana salah satu dari keduanya bersambung dengan yang satu lagi.

Dan telah kami terangkan, bahawa hati itu mempunyai dua wajah; wajah ke alam ghaib, iaitu tempat masuknya ilham dan wahyu. Dan wajah ke alam syahadah (alam yang nampak dengan mata kasar). Maka yang lahir daripadanya pada wajah yang mengiringi pihak Alam Syahadah, adalah merupakan bentuk khayalan. Kerana seluruh alam syahadah itu adalah khayalan.

Hanya khayalan itu sekali berhasil dari pandangan dengan pancaindera kepada zahiriah alam syahadah. Maka boleh lah bentuk itu tidak bersesuaian dengan maksud. Sehingga terlihatlah orang yang cantik bentuknya, padahal dia itu kotor batin-nya dan keji rahsianya. Kerana alam syahadah itu alam yang banyak penyelewengan.

Adapun bentuk yang terhasil dalam khayalan, dari cemerlangnya alam malakut di atas batin rahsia hati, adalah merupakan peniruan sifat dan penyesuaian bagi sifat. Maka tidak dapat dibantah, bahawa maksud yang keji akan terlihat dengan bentuk yang keji. Maka syaitan itu akan terlihat dengan bentuk anjing, katak, babi dan lain-lain. Dan malaikat akan terlihat dalam bentuk yang cantik. 

Maka bentuk itu adalah judul maksud, dan yang menerangkan maksud itu dengan sebenarnya. Kerana itulah beruk dan babi dalam tidur (mimpi) menunjukkan kepada manusia keji. Kambing menunjukkan manusia yang sejahtera isi dadanya.

[Imam al-Ghazali - Ihya' Ulumuddin, Kitab Huraian Keajaiban Hati]

1 ulasan:

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (86) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.