Berita Terkini

KeMaha Sucian Allah - Imam al-Ghazali

mushrooms in a desert with calligraphy
Bahawa Dia tidak dengan tubuh yang merupakan, tidak jauhar (benda atau barang) yang terbatas dan berhingga. Dia tidak menyerupai dengan segala tubuh, tidak pada kira-kiraan dan tidak dapat dibahagi-bahagikan. Tidaklah Dia itu jauhar dan tidaklah Dia ditempati oleh jauhar-jauhar.

Tidaklah Dia itu 'aradh (sifat yang mengambil tempat) dan tidaklah Dia ditempati oleh aradh-aradh. Bahkan Dia tidak menyerupai dengan yang ada (maujud) dan tidak suatu yang maujud pun menyerupai dengan Dia. Tiadalah sepertiNya sesuatu dan tidaklah Dia seperti sesuatu. Dia tidak dibatasi oleh sesuatu batas dan tidak mengandungi suatu jurusan, tidak diliputi oleh pihak, tidak dibatasi oleh bumi dan langit. 

Dia beristiwa di atas 'Arasy menurut firman-Nya dan menurut erti yang dikehendakiNya, istiwa yang suci dari tersentuh dengan sesuatu, suci dari tetap dan tenang, suci dari mengambil tempat dan berpindah. Dia tidak dibawa oleh 'Arasy tetapi 'Arasy dan pembawa-pembawa 'Arasy lah yang dibawa dengan kelemah-lembutan qudrah-Nya, yang digagahi dalam genggaman-Nya. Dia di atas 'Arasy dan langit dan di atas segala-galanya sampai ke segala lapisan bumi, ke atasan yang tidak menambahkan dekatNya kepada 'Arasy dan langit, sebagaimana tidak menambahkan jauh-Nya dari bumi dan lapisan tanah. 

Dan pada itu, Dia dekat sekali dengan segala yang maujud (yang ada). Dan Maha Dekat kepada hambaNya, lebih dekat dari urat leher hambaNya itu sendiri. Dia menyaksikan tiap-tiap sesuatu. Tidak menyerupai kehampiran-Nya dengan kehampiran di antara tubuh-tubuh, sebagaimana tidak menyerupai zat-Nya dengan segala zat tubuh-tubuh itu. 

Dia tidak bertempat pada sesuatu dan tidak ada sesuatu bertempat padaNya. Maha Suci Dia dari dipengaruhi oleh tempat, sebagaimana Dia Maha Suci daripada dibataskan oleh waktu. Tetapi adalah Dia sebelum dijadikan zaman dan tempat. Dia sekarang menurut apa yang dia ada. Dia tidak sama dengan makhluk-Nya dengan segala sifatNya. Tiada sesuatu yang sama dengan zat-Nya dan tidaklah zat-Nya menyamai dengan sesuatu.

Dia Maha Suci dari perubahan dan perpindahan. Tidaklah bertempat padaNya segala kejadian dan tidaklah mempengaruhiNya oleh segala yang mendatang. Tetapi senantiasalah Dia dalam segala sifat kebesaran-Nya, Maha Suci dari kelenyapan dan senantiasalah Dia dalam segala sifat kesempurnaan-Nya, tidak memerlukan kepada penambahan kesempurnaan lagi.

Mengenai zat-Nya diketahui adaNya dengan akal fikiran, dilihat zat-Nya dengan mata hati sebagai suatu nikmat daripadaNya sebagai kasih sayangNya kepada orang-orang yang berbuat baik dalam negeri ketetapan nanti dan sebagai suatu kesempurnaan daripadaNya dengan kenikmatan memandang kepada wajahNya yang mulia.

[Imam al-Ghazali - Ihya' Ulumuddin, jilid 1, kitab Qawa'id al-'Aqa-id]



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (86) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.