لا اله الا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد، وهو على كل شيء قدير . Semoga Allah bantu perjuangan menegakkan Islam dan keadilan di muka bumi ini, amiin .......

27 Disember 2011

Penjelasan Hadits Jariah - Allah di langit

Selasa, Disember 27, 2011 | | |
Maulana Asri Yusuf - penjelasan hadits Jariah
Di bawah ini adalah penerangan oleh Maulana Asri Yusuf berkenaan penjelasan tentang hadith tentang seorang hamba perempuan yang bernama Jariah, pernah ditanya oleh Nabi Muhammad s.a.w tentang di mana Allah? Dengarkan dengan sebaik mungkin agar tidak timbul lagi perbalahan dan pertengkaran kerana perkara ini.

Dan sebaik-baiknya kita sesama Islam selesaikan dulu masalah Aqidah sesama kita, kerana selagi masalah Aqidah tidak selesai, selagi itu keadaan akan semakin kucar-kacir. Dan elakkan lah dari cepat sangat menuduh orang lain menyimpang Aqidahnya, tanpa menyiasat dan mendengar dulu keseluruhan penjelasan darinya. Kerana ada di antara kita ini yang hanya mendengar sedikit ucapan seseorang, tanpa mendengar huraian-huraian lanjut darinya, kemudian terus menuduh dia sesat, kafir dan sebagainya, na'uzubillahi min zaalik.






Tambahan:


Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang - Allah Wujud Tanpa Bertempat


Ustaz Azhar Idrus - Arasy bertempat & Allah tidak bertempat


Ustaz Azhar Idrus - Allah bersemayam di Arasy


"....dari Abu Hurairah, dia berkata bahawa seorang laki-laki datang kepada Nabi shallallaahu 'alaihi wasallam dengan membawa seorang budak wanita hitam, kemudian dia berkata :

"Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya berkewajiban untuk membebaskan budak yang mukmin."

Maka Rasulullah bersabda kepada budak wanita itu : "Di manakah Allah?"

Kemudian budak itu mengisyaratkan ke langit dengan jari-jarinya.

Lalu beliau bersabda kepadanya: "Siapakah aku?"

Maka budak itu mengisyaratkan kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan ke langit yang maksudnya adalah, engkau adalah Rasulullah.

Maka beliau bersabda : "Bebaskan dia, sesungguhnya dia adalah seorang wanita mukminah." (Hadits riwayat Al-Baihaqi)

“Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bertanya kepadanya: Di mana Allah? Dia menjawab: di langit. Rasul bertanya: Siapa saya? Wanita itu menjawab: engkau adalah utusan Allah. Maka Nabi bersabda: "Bebaskan dia, kerana dia adalah seorang (wanita) beriman." (Hadits Riwayat Muslim)

Tetapi jangan menyamakan Allah dengan makhluk, seperti berada di atas itu ini, dan di bawah atau di tepi itu ini. Kerana tiada suatu apa pun yang sama dengannya.

"Dan tiada apa yang setara denganNya." (Surah Al-Ikhlas : Ayat 4)

“Tiada sesuatu pun yang menyerupaiNya”.  (Surah As-Syuura : ayat 11)

Keberadaan Allah bukan bertempat seperti makhluk , kerana Dia tidak bertempat. Dia tidak duduk di atas Arasy seperti seorang raja duduk di atas singgahsana. Kerana Arasy diciptakanNya kemudian. Jika Allah duduk di atas arasy seperti manusia, maka di mana Allah duduk sebelum diciptakan Arasy?

Dalam kitab Al-Farq Bayna al-Firaq karangan Imam Abu Mansur al-Baghdadiyy ada menyebut, bahawa Saidina Ali karramallahu wajhah pernah berkata, “Sesungguhnya Allah telah wujud tanpa tempat, maka Dia sekarang tetap sedia wujud tanpa tempat”.

“Allah telah wujud (pada azali) sedang sesuatu selainNya masih belum wujud”.  (Riwayat al-Bukhari, al-Bayhaqi dan Ibn Jarud)

“Ya Allah! Engkau al-Awwal maka tiada suatu pun sebelum-Mu, Engkau al-Akhir maka tiada suatu pun selepas-Mu, Engkau al-Zahir maka tiada suatu pun di atas-Mu, dan Engkau al-Batin maka tiada suatu pun di bawah-Mu”.  (Hadits riwayat Muslim)

Berkata Imam As-Syafie, "Sesungguhnya Dia ta`ala wujud (sejak azali) tanpa bertempat, maka Dia mencipta tempat sedangkan Dia tetap di atas sifat keazalianNya sebagaimana Dia wujud (sejak azali) sebelum Dia mencipta tempat. Perubahan tidak harus (pada akal) berlaku perubahan ke atasNya pada zatNya dan tidak juga berlaku penukaran pada sifatNya".

Berkata Al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqalaani di dalam syarah al-Bukhari : "Ahlu sunnah mereka itu berjalan di atas tauhid dengan menafikan tasybih (menyerupakan Allah dengan makhluk) dan ta'thil (menafikan sifat bagi Allah iaitu akidah Mu'tazilah).

Dalam kitab Aqidah al-Tahawiyyah karangan Imam al-Hafiz Ahmad bin Salamah Abu Ja‘far al-Tahawiyy, beliau berkata, “Allah tidak berada pada enam penjuru (atas, bawah, kanan, kiri, depan, belakang) seperti sekalian makhluk”.

Juga adalah bahaya jika dikatakan Allah ada di atas langit dengan membayangkan seperti keadaannya malaikat-malaikat dan planet-planet di angkasa. Kerana langit di atas kita di sini berada di bawah bagi manusia yang ada di sudut lain Bumi ini, kerana bumi ini berbentuk bulat.

Maka perlu diambil jalan agar menyerahkannya pada Allah, dan tidak menyamakanNya dengan suatu apa pun.

Perkara mudah saja, tak perlu fikir berbelit-belit di mana Allah. Serahkan saja kepadaNya kerana hanya Dia sahaja yang mengetahui.  Semoga kita dapat mengelakkan diri dari fahaman mujassimah dan musyabbihah yang menyamakan Allah dengan makhluk.

“Berfikirlah kamu pada makhluk (kejadian) Allah, dan janganlah kamu berfikir tentang (zat) Allah, kerana ía akan membinasakan kamu.”  (Hadits riwayat Abu Zar)





Artikel berkaitan:

0 komen:

Catat Ulasan

Terima kasih :)


..
 

Al-Quran dan Sains

Hukum Allah

Stat


لا إله إلا الله محمد رسول الله

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka." [Surah Aali-Imran : Ayat 190 - 191]


Sabda nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud, ".......Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri". [Hadits Riwayat Ibnu Majah]


"Tiadalah antara penciptaan Adam a.s hingga hari Kiamat, urusan (fitnah) yang lebih besar dari Dajjal." [Hadits Riwayat Muslim]


LINKS

Arkib blog

Hakcipta 2013 Unikversiti.
| Boleh copy, tapi mesti sertakan sumber dari sini. Segala berita dan iklan dalam blog ini tidak semestinya melambangkan pendirian kami. Jika ada salah dan silap harap maafkan, dan sila beri teguran membina dengan beradab dan berakhlak baik, bukan teguran membabi-buta tanpa usul periksa. Setiap berita tidak semestinya betul belaka. Yang 100% betul hanyalah AlQuran. Maka kaji dan tapislah berita dengan berhikmah :)