Berita Terkini

Beberapa kisah Orang Shaleh dengan Kubur

Batu nisan di kubur
Adalah Umar r.a apabila berhenti di perkuburan, lalu menangis hingga basah-lah janggutnya. Dan berkata, "Aku mendengar Rasulullah S.a.w bersabda;

"Bahawa perkuburan itu tempat kediaman bagi akhirat. Jikalau terlepas daripadanya orang yang terkubur di kubur itu, maka apa yang selepasnya adalah lebih mudah. Tetapi jika tidak terlepas daripadanya, maka amat sukarlah keadaan selepasnya." [1]

Mujahid r.a berkata, "Yang pertama-tama dikatakan kepada anak Adam oleh kuburnya ialah, "Aku adalah rumah ulat, rumah sendirian, rumah pengasingan dan rumah gelap-gelita. Maka inilah yang aku sediakan untukmu. Lalu apakah yang kamu sediakan untuk-ku?"

Abu Dzar r.a berkata, "Apakah tidak aku ceritakan kepadamu, hari kemiskinanku?" Iaitu, "hari aku diletakkan dalam kubur-ku".

Hatim al-'Asham berkata, "Barangsiapa melalui perkuburan, lalu dia tidak bertafakur untuk dirinya dan berdoa untuk mereka, maka sesungguhnya dia telah mengkhianati dirinya dan mereka yang terkubur di perkuburan itu."

Sufyan Ats-Tsauri berkata, "Barangsiapa banyak mengingati kubur, nescaya diperolehinya kubur itu sebagai kebun dari kebun-kebun syurga. Dan barangsiapa lalai dari mengingatinya, nescaya diperolehinya kubur itu sebagai satu lubang dari lubang-lubang neraka."

Adalah Ar-Rabi' bin Haitsam telah menggali kubur di rumahnya. Maka apabila dia mendapati hatinya kurang sopan, lalu dia masuk ke dalam kubur itu. Dia tidur di dalamnya dan berhenti seketika. Kemudian dia membaca ayat;

رَبِّ ارْجِعُونِ  لَعَلِّي أَعْمَلُ صَالِحًا فِيمَا تَرَكْتُ

"Wahai Tuhanku! Kembalikan-lah aku (hidup), mudah-mudahan aku mengerjakan perbuatan baik yang telah aku tinggalkan itu." [Surah al-Mu'minun : ayat 99 - 100]

Kemudian beliau mengatakan kepada dirinya sendiri, "Wahai Rabi'! Engkau telah dikembalikan, maka beramal-lah sekarang, sebelum engkau tidak dikembalikan lagi."


Adab dengan mayat

Adab bagi orang yang menziarah orang mati ialah merendahkan diri, melahirkan kesedihan, sedikitkan berkata-kata dan meninggalkan senyum (tidak senyum atau ketawa).

Adab mengiringi jenazah ialah mesti menundukkan diri, meninggalkan berkata-kata, memerhatikan kepada mayat, bertafakkur tentang mati dan menyiapkan diri bagi mati. [2]

[Imam al-Ghazali - Ihya' Ulumuddin]


Catatan:

1 - Diriwayatkan oleh at-Turmudzi, Ibnu Majah, al-Hakim, dengan sanad yang Shahih
2 - Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, dari Abu Hurairah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (58) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.