Cara Hidup

Konspirasi

Dunia Islam

Kisah Nabi dan Sahabat

Kisah umat dahulu

Sains

Foto

» » Mohamad Sabu kini sudah tempang

Mohamad Sabu kini tempang
Kehidupan seorang pemuda, Mohamad Sabu Ali berubah sekelip mata apabila dia tidak lagi secergas dahulu selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya kira-kira setahun lalu.

Menurut pemuda berusia 22 tahun yang juga anak yatim piatu itu, akibat nahas berkenaan, dia mengalami kecederaan patah paha dan bengkak di bahagian mata, selain kakinya menjadi tempang.

Lebih malang, Mohamad Sabu yang kini tinggal di Kampung Pak Katak, Bukit Tunggal, Kuala Terengganu, Terengganu, bersama enam lagi adik-beradik lain turut berdepan masalah kesempitan hidup.

“Sehingga kini saya masih belum dapat berjalan jauh kerana belum sembuh sepenuhnya. Dalam keadaan begini, macam mana saya nak keluar bekerja?

“Hati saya sekarang runsing fikirkan nasib saya dan adik-beradik lain kerana ketika ini kami hanya bergantung pada bantuan yang diterima salah seorang kakak kami, itu pun hanya RM300 setahun,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini.

Mohamad Sabu berkata, dia ada membuat permohonan untuk mendapatkan bantuan zakat, namun ditolak kerana telah ada penerima yang menggunakan alamat sama menerima bantuan tersebut iaitu kakaknya.

Bagaimanapun, kesedihannya sedikit terubat apabila menerima kunjungan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali bersama Adun Bukit Tunggal, Dr Alias Razak dan rombongan sempena Program Cakna Rakyat.

Mohd Khairuddin berkata, beliau akan meminta pihak berkenaan meneliti kembali kes membabitkan keluarga tersebut.

Menurutnya, walaupun kakak Mohamad Sabu tersenarai sebagai penerima bantuan, permohonan pemuda itu perlu dipertimbangkan dan pegawai berkenaan juga perlu turun padang melihat sendiri kesempitan hidup yang dialami adik-beradik malang tersebut.



p/s: Semoga kerajaan dapat menghulurkan bantuan yang "sewajarnya" buat adik ini dan keluarganya. Ini lah tanggungjawab kerajaan terhadap golongan marhain.

Dan semoga mereka-mereka yang berkemampuan lebih juga turut menyumbang. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahiim, bantulah mereka dan permudahkan lah urusan mereka, amiin .......

«
Next
Catatan Terbaru
»
Previous
Catatan Lama


Artikel berkaitan:

Kategori

Air terjun (8) Ajaib (22) Alam sekitar (10) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (48) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (112) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (2) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (24) Dunia Hiburan (127) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (346) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (52) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (26) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (91) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (35) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (57) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (191) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (59) Kristologi (47) Landskap (109) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (5) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (28) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (19) Perubatan Islam (5) Polis (9) Politik (130) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (101) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (5) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (42) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (241) Teknologi Nano (7) Teori konspirasi (162) Time lapse (39) Timur Tengah (175) Tumbuhan (36) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (291) Wallpaper Islamik (39) Yahudi (10) Zionis (20)