Berita Terkini

Kisah Nabi Musa a.s menampar muka Malaikat Maut


Pengenalan

Nabi Musa a.s adalah orang yang mempunyai kedudukan (terkemuka) dan pemimpin yang mudah berinspirasi, sehingga mampu mengawal umat yang keras tabiatnya, serta banyak teragak-agak dalam menghadapi pelbagai perkara seperti kepimpinan, kebijaksanaan dan penunjuk. Musa a.s mempunyai keunikan tersendiri serta mempunyai kemampuan yang tinggi, sehingga barangsiapa yang mempunyai sifat seumpamanya, maka tingkah lakunya dimuliakan oleh orang lain, kerana keperibadian sesuai dengan tingkah lakunya.

Oleh kerana itu, ketika Malaikat Maut a.s datang kepada Nabi Musa a.s, kemudian meminta izin untuk mencabut nyawanya, maka Nabi Musa menampar malaikat tersebut hingga rosak matanya (mata dalam jelmaan manusia). Malaikat Maut mendatangi Nabi Musa dalam wujud seorang laki-laki, kemudian Nabi Musa diberi pilihan antara berpindah ke sisi Tuhannya atau tetap hidup di dunia dalam masa yang lama, sebelum datang kepadanya kematian. Akan tetapi Nabi Musa memilih berpindah ke sisi Tuhannya, atas sukarnya kehidupan dunia dan ujiannya. Maka Allah Subhanahu wa Ta'ala memenuhi permohonannya, kemudian mendekatkannya ke tanah suci sejauh lemparan batu. Sehingga kuburannya terletak di sebelah timur tanah suci.

Nash Hadits 

Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah berkata, "Malaikat maut diutus kepada Nabi Musa. Ketika dia datang, Nabi Musa menamparnya. Lalu malaikat maut kembali kepada Tuhannya dan berkata, "Engkau telah mengutusku kepada seorang hamba yang menolak mati." Lalu Allah mengembalikan matanya (yang rosak kerana tamparan Nabi Musa). Allah berfirman kepadanya, "Kembalilah kepada Nabi Musa. Katakan kepadanya agar dia meletakkan tangannya di punggung sapi jantan, maka bulu sapi yang tertutup oleh tangannya itulah sisa umurnya. Satu bulu satu tahun." Nabi Musa berkata, "Ya Rabbi selepas itu apa?" Malaikat menjawab, "Maut." Nabi Musa berkata, "Sekarang aku pasrah." Maka Nabi Musa memohon kepada Allah agar didekatkan kepada tanah suci sejauh lemparan batu. Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam bersabda, "Seandainya aku di sana, nescaya aku tunjukkan kuburnya kepada kalian yang berada di sisi jalan di dataran berpasir merah yang bergelombang."

Dalam riwayat Muslim, "Malaikat maut mendatangi Musa dan berkata, "Jawablah panggilan Tuhanmu." Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam bersabda, "Musa menempeleng mata malaikat maut hingga membuatnya rosak. Lalu malaikat maut kembali kepada Allah dan berkata, "Engkau telah mengutusku kepada seorang hamba-Mu yang tidak mahu mati. Dia telah merosakkan mataku." Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam bersabda, "Maka Allah mengembalikan matanya dan berfirman kepadanya, "Kembalilah kamu kepada hamba-Ku, katakan kepadanya, Apakah kamu ingin hidup? Jika kamu ingin hidup, maka letakkanlah tanganmu di punggung sapi jantan, rambut yang tertutup oleh tanganmu itulah umurmu yang tersisa. Satu rambut, satu tahun." Musa bertanya, "Seterusnya apa?" Malaikat menjawab, "Kemudian kamu mati." Musa berkata, "Sekarang, ya Rabbi, dari dekat." Musa berkata, "Matikanlah aku dekat tanah suci sejauh lemparan batu." Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam bersabda, "Demi Allah, seandainya aku di sana, nescaya aku tunjukkan kuburnya kepada kalian di samping jalan di pasir merah."

Takhrij Hadits

Hadits ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam Jami'ul Ushul, bab orang yang ingin dikebumikan di tanah suci, 3/206, no. 1339; dalam Kitab Ahaditsil Anbiya ', bab wafat Nabi Musa, 6/440, no. 3407.

Bukhari tidak secara nyata menyatakan penisbahan Abu Hurairah terhadap hadits kepada Rasulullah S.a.w. Dan Bukhari secara nyata menyebutkannya di riwayatnya dalam Kitab Ahaditsil Anbiya'.

Bukhari berkata, "Ma'mar memberitakan kepada kami dari Hammam, Abu Hurairah menyampaikan kepada kami dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa Salam." 

Hadits ini diriwayatkan oleh Muslim dalam Kitabul Fadhail, bab keutamaan Nabi Musa, 4/1842. 

Penjelasan Hadits

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam memberitakan kepada kita bahawa di antara kemuliaan para Nabi di sisi Allah adalah bahawa mereka diberi pilihan menjelang kematian, antara hidup di dunia atau berpindah ke Rafiqil A'la. Dalam beberapa Hadits Shahih daripada Aisyah, bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wa Salam diberi pilihan, dan beliau memilih Rafiqil A'la. 

Allah mengutus Malaikat Maut yang menjelma dalam wujud seorang laki-laki kepada Nabi Musa. Malaikat meminta agar Nabi Musa menjawab panggilan Tuhannya. Ini bermakna bahawa ajalnya telah tiba dan saatnya telah dekat. Nabi Musa mempunyai sikapnya yang cukup tinggi, oleh itu dia menempeleng wajah Malaikat maut dan merosakkan matanya (mata dalam jelmaan manusia). Kerana seandainya dia dalam wujud asalnya, yakni Malaikat, nescaya Nabi Musa tidak akan mampu menempelengnya. Tidak akan boleh!

Malaikat Maut kembali kepada Allah untuk mengadukan apa yang diperolehinya dari Nabi Musa. Lalu Allah menyembuhkan matanya dan menyuruhnya kembali kepada Nabi Musa, agar meletakkan tangannya di atas punggung lembu, kemudian rambut-rambut yang tertutup oleh tangannya itu dikira dan satu helai rambut satu tahun. Maka ajal Nabi Musa sama dengan jumlah rambut itu. Dengan itu Nabi Musa mendapatkan kehidupan yang panjang. Jika Nabi Musa melakukan itu, nescaya ada kemungkinan dia tetap hidup sampai hari ini

Akan tetapi, manakala Nabi Musa bertanya kepada malaikat maut tentang apa yang ada di balik kehidupan panjang tersebut, dia dijawab, 'Maut.' Maka Nabi Musa memilih yang dekat. Apa yang ada di sisi Allah bagi para Rasul dan Nabi-Nya, serta hamba-hamba-Nya yang soleh, adalah lebih baik dan lebih kekal.

Jika ruh para syuhada berada di perut burung hijau yang berterbangan di kebun-kebun Syurga, memakan buah-buahnya, minum dari sungainya dan berlindung di lampu-lampu yang bergantungan di atap 'Arasy Allah, maka kehidupan para Nabi dan Rasul adalah di atas semua itu. Apa yang diperolehi oleh Nabi Musa seandainya dia hidup sampai hari ini, dia pasti memikul kesulitan-kesulitan dunia dan ujian-ujiannya. Dia akan menyaksikan peristiwa-peristiwa besar yang terjadi sepanjang sejarah yang membuat fikiran sibuk dan hati bersedih.

Bukankah lebih baik dia berada di Rafiqil A'la dengan para Rasul dan para Nabi menikmati kenikmatan Syurga, daripada hidup di rumah kesengsaraan dan ujian?!

Musa diminta untuk memilih dan dia telah memilih kembali kepada Allah daripada kehidupan yang lama dan panjang. Apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal dan Akhirat lebih baik daripada dunia.

Musa memohon kepada Allah pada waktu rohnya dicabut agar didekatkan kepada tanah yang suci sejauh lemparan batu. Permintaan Musa ini adalah wujud kecintaannya kepada tanah suci yang bertapak di dalam jiwanya, sehingga dia meminta dikebumikan di sempadannya, dekat dengannya. Tetapi Musa tidak meminta kepada Allah agar mematikannya di tanah suci, kerana dia mengetahui bahawa Allah mengharamkannya atas generasi di mana Musa berasal. Ini sebagai hukuman atas ketidak-taatan mereka kepada perintah Tuhan mereka agar masuk tanah suci seperti yang telah Allah tulis untuk mereka. Mereka berkata, "Pergilah kamu bersama Tuhanmu, dan berperanglah kamu berdua, sesungguhnya kami hanya duduk menanti di sini saja." [Surah Al-Maidah : 24].  Lalu Allah menulis atas mereka kesesatan selama empat puluh tahun di padang pasir Sinai.

Allah menjawab doa Nabi Musa. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam telah menyampaikan kepada kita bahawa kuburan Nabi Musa terletak di pinggiran tanah suci di dataran pasir merah

Seandainya beliau di sana, nescaya beliau menunjukkan tempat itu kepada sahabat-sahabatnya.

[Sumber dari kitab Shahih al-Qisas an-Nabawiy - Syeikh Dr. Umar Sulaiman Al-Asyqar]

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.