Berita Terkini

Mukjizat Alquran membuatkan Dr Shekharan peluk Islam

Tahun lalu, Dr Indu Chadra Shekharan begitu takjub dengan ceramah Mohammed Ali, Pengarah hospital tempat dia bekerja (Jeddah National Hospital). Ketika itu, Ali mengatakan makna Islam dalam bahasa Arab bererti penyerahan diri, tunduk dan perdamaian.

Perkataan itu yang selanjutnya menunjukkan seorang Muslim sejati komited menjaga keamanan dan kestabilan dunia. Dr Shekharan pun semakin kagum ketika Ali bercerita tentang Al-Quran.

Dia ingat betul, dan telah dibuktikannya sendiri, Al-Quran mempunyai fakta-fakta empiris yang boleh dibuktikan secara ilmiah. Hal ini sekaligus membuktikan Al-Quran bukanlah rekaan Rasulullah Muhammad Sallallahu 'Alaihi wa Sallam melainkan pencipta-Nya, Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

"Tidak ada manusia yang boleh membuat Al-Quran. Banyak fakta ilmiah yang ditemui dalam Al-Quran dan terbukti kebenarannya," katanya seperti dilaporkan oleh Arabnews.com, Khamis (15/8).

Dr Indu Chadra Shekharan

Menurut Dr Shekharan, Al-Quran bukanlah kitab ilmu pengetahuan biasa melainkan sebuah kitab peringatan dan mukjizat. "Saya percaya, apa yang dikatakan dalam Al-Quran ini akan ditemui para saintis di abad-abad akan datang," katanya yang akhirnya memutuskan untuk menjadi Muslim.

Sebagai satu contoh, lanjutnya, teori Big Bang yang dijelaskan dalam Al-Quran. Lalu ada kedudukan gunung yang menjaga kestabilan bumi. Keindahan cerita lebah dan semut yang secara khusus dikisahkan dalam Al-Quran.

Melihat dari begitu luar biasanya mukjizat Al-Quran, Dr Shekharan mengajak umat Islam untuk mempelajarinya. Menjadikan Al-Quran sebagai panduan mencipta harmonisasi dan keamanan dunia. "Al-Quran menawarkan penyelesaian keperluan ke atas manusia moden yang kerap dilanda konflik dan masalah," tambah Dr Shekharan.

Dr Shekharan lahir dan dibesarkan dalam keluarga Hindu di Thiruvanandapuran, Kerala. Orang tuanya, profesor perubatan. Dia ibu kepada dua orang anak.

[Republika Online , 15 Ogos 2013]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (54) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (334) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.