Berita Terkini

Kisah Jin turut beribadat bersama Orang Shaleh

Kisah Jin turut beribadat bersama Orang Shaleh
Sahl bin Abdillah bertemu dengan jin yang bertemu dengan Isa a.s dan Muhammad S.a.w

Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa ketika Sahl bin Abdillah berada di tempat tinggalan negara 'Aad, dia terlihat kesan sebuah kota yang di tengahnya terdapat sebuah gedung batu terukir yang dihuni oleh jin. Dia pun masuk ke dalam gedung itu, dan di dalamnya terdapat seorang lelaki yang tinggi besar sedang sembahyang menghadap kiblat.

Dia memakai jubah yang dibuat dari bulu yang sangat indah. Dia mengagumi bentuk tubuh orang itu yang tinggi besar, akan tetapi dia lebih mengagumi keindahan jubahnya. 

Kemudian dia pun memberi salam kepadanya. Lalu lelaki itu menjawab salamnya dan berkata, "Hai Sahl, sesungguhnya badan itu tidak merosakkan pakaian tetapi yang merosakkan pakaian adalah bau dosa dan makanan yang haram. Jubah yang aku pakai ini berusia tujuh ratus tahun dan dalam jangka waktu itu aku bertemu dengan Isa dan Muhammad (alaihimas salam). Aku beriman kepada keduanya."

Maka berkatalah Sahl, "Siapakah tuan?" Lelaki itu menjawab, "Aku termasuk di antara yang disebutkan dalam ayat ; .. قُلْ أُوحِيَ إِلَيَّ أَنَّهُ اسْتَمَعَ نَفَرٌ مِنَ الْجِنِّ  "

"Katakanlah (hai Muhammad); Telah diwahyukan kepadaku bahawasanya telah mendengar sekumpulan jin (akan Al-Qur'an)......."  [Surah Al-Jin : 1] 

Jin turut Qiamullail bersama

Sari bin Ismail menyebutkan dari Yazid ar-Raqasyi, adalah Shafwan bin Muharriz al-Mazini jika dia bangun untuk bertahajjud pada waktu malam, maka akan bangun bersama beliau penghuni rumahnya dari golongan jin. Mereka solat bersamanya dan mendengar bacaannya. Maka berkata as-Sari, aku berkata pada Yazid, "Adakah ianya diketahui?" Dia berkata, "Adalah jika dia bangun, akan mendengar mereka hiruk-pikuk, maka dia diam terhadap itu, dan mereka berseru, "Jangan takut Abu Abdullah, kami ini saudara kamu. Kami bangun untuk bertahajjud sepertimana kamu bangun, dan kami solat bersama kamu." 

Muhammad bin Abdul Aziz bin Salman al-'Abid berkata, "Adalah ayahku apabila dia Qiamullail dan bertahajjud, aku mendengar dalam rumah ada suara sangat kuat dan istisqa' air yang banyak. Kami lihat bahawa jin-jin telah terjaga kerana tahajjud ayahnya dan sembahyang bersamanya."

Jin mati akibat pengulangan ayat mengingat mati

Yahya bin Abdur Rahman al-'Asri berkata, telah menceritakan kepadaku isteri Khulaid, dari Khulaid berkata, "Adalah aku berdiri solat maka aku membaca ayat ini, "Setiap jiwa pasti akan merasai mati, ......." [Surah al-Anbiya' : ayat 35] , aku membacanya berulang-kali. Tiba-tiba ada yang menyeru aku dari kawasan rumah. "Berapa kali kamu ulang ayat ini? Kamu telah membunuh dengannya empat kumpulan jin, yang tidak mendongak kepala mereka ke langit hingga mereka mati akibat kamu ulang-ulang ayat ini." Maka dikatakan, selepas itu Khulaid menjadi tersangat sedih. 

Kisah Jin turut khatam Al-Qur`an setiap Jumaat

Abu Imran at-Tamar berkata, "suatu hari sebelum Fajar aku mendatangi masjid Al-Hasan Al-Hafri apabila pintu masjid masih tertutup. Ketika itu Al-Hasan duduk berdoa dan kedengaran bunyi dalam masjid para jemaah mengaminkan doanya.

Maka aku pun menunggu sambil duduk di depan pintu masjid, hingga selesai doanya, dan dia bangun mengumandangkan azan. Kemudian pintu masjid pun dibuka olehnya maka aku pun masuk, namun aku tidak mendapati sesiapa pun dalam masjid (selain Al-Hasan).

Aku berkata pada beliau, "wahai Abu Sa'id, demi Allah, aku melihat keajaiban." Al-Hasan berkata, "Apa yang kamu lihat?"  Aku memberitahunya apa yang aku lihat dan aku dengar. Al-Hasan berkata, "Mereka itu adalah para jin dari penduduk Nashibain yang datang dan melihat aku khatam Al-Quran setiap malam hari Jumaat dan kemudian keluar."

Kisah Syeikh Abu Ali ad-Daqqaq dengan jin

Disampaikan kepadaku dari ayahku Al-Fath Muhammad bin Muhammad al-Khuzaimi berkata, telah berkata Abu Ali ad-Daqqaq, "Aku telah bermastautin di Naisabur untuk memberi peringatan (mengajar), maka terjadi pada diriku sakit mata, dan berjangkit kepada anak-anakku, maka aku melihat satu malam dari malam-malam, dalam tidur bahawa ada seorang datang padaku dan berkata, "wahai syeikh, apa yang membolehkan anda pulang dengan kelajuan ini. Ada sekumpulan dari pemuda jin hadir majlismu dan mendengar darimu. Mereka masih lagi dalam permulaan keinginan, (selagi mana mereka tidak memperolehi apa yang mereka inginkan), maka kamu tidak mungkin berpisah dengan mereka, semoga Allah Azza wa Jalla menghidupkan mereka, maka pada paginya, tidak lah mataku mengalami sakit mata lagi.

[Imam Ibnul Jauzi - Shifat Ash-Shafwah, jilid 4, m/s 444 - 446]


Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (54) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (334) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.