Berita Terkini

Hassan ibnu Tsabit - Penyair pembela Rasulullah

Penyair Arab
Ibnu Abuz Zanad meriwayatkan dari ayahnya, dari Abu Hurairah r.a, dari Aisyah r.a, bahawa Rasulullah S.a.w telah meletakkan sebuah mimbar di dalam masjid khusus buat Hassan ibnu Tsabit r.a, tempat untuk bersyair bagi membela Rasulullah S.a.w; dan Rasulullah S.a.w berdoa untuknya;

"Ya Allah, perkuatkanlah Hassan dengan Ruhul Qudus (Malaikat Jibril), sebagaimana dia berjuang membela Nabi-Mu (melalui syair-syairnya)."

Lafaz hadis ini yang dari Imam Bukhari secara ta'liq. Akan tetapi, Imam Abu Daud meriwayatkannya pula di dalam kitab Sunan-nya dari Ibnu Sirin, dan Imam Turmudzi meriwayatkannya dari Ali ibnu Hujr dan Ismail ibnu Musa Al-Fazzari. Ketiga-tiganya mengenengahkan hadis ini dari Abu Abdur Rahman ibnu Abuz Zanad, dari ayahnya dan Hisyam ibnu Urwah; keduanya meriwayatkan hadis ini dari Urwah, dari Aisyah dengan lafaz yang sama. Imam Turmudzi mengatakan bahawa sanad hadits ini berstatus hasan atau sahih, yakni hadits Abuz Zanad.

Di dalam kitab Shahihain disebutkan dari hadits Sufyan ibnu Uyainah, dari Az-Zuhri, dari Sa'id ibnul Musayyab, dari Abu Hurairah r.a, bahawa Khalifah Umar ibnul Khattab melewati Hassan ibnu Tsabit yang sedang mendendangkan syair di dalam masjid, maka Umar r.a mendesaknya, lalu Hasan berkata, 

"Sesungguhnya aku pernah mendendangkan syair di dalam masjid ini, sedangkan di dalamnya terdapat orang yang lebih baik daripada kamu (yakni Nabi Saw.)." 

Kemudian Umar ibnul Khattab r.a. menoleh kepada Abu Hurairah dan berkata, "Kumohon atas nama Allah, pernahkah engkau mendengar Rasulullah S.a.w bersabda;

"Perkenankanlah bagiku, ya Allah, kuatkanlah dia (Hassan) dengan Ruhul Qudus (Malaikat Jibril)?" 

Maka Abu Hurairah menjawab, "Allahumma, na'am (ya)." 

Menurut sebahagian riwayat, Rasulullah S.a.w pernah bersabda kepada Hassan; 

"Seranglah mereka atau hinakanlah mereka dengan syairmu, semoga Jibril membantumu."

Di dalam syair Hassan terdapat ucapan berikut;

Dan Jibril utusan Allah berada bersama kami,
dia adalah Ruhul Qudus yang tidak diragukan lagi. 

[Imam Ibnu Katsir - Tafsir Ibnu Katsir, surah al-Baqarah : ayat 87]


Rasulullah tidak pandai bersyair, dan benci syair yang melalaikan

"Dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya (Muhammad), dan bersyair itu tidak layak baginya, yang Kami wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci yang memberi penerangan." [Surah Yasin : ayat 69]

Allah memberitahu bahawa Dia tidak mengajari Nabi Muhammad S.a.w syair. Yakni, syair itu bukan bakatnya sehingga dia bukanlah ahli, tidak menyukai, dan tidak menjadi tuntutan nalurinya. Kerana itu ada hadits yang mengungkapkan bahawa Nabi S.a.w tidak mampu menggubah satu bait pun. Bahkan, bila baginda S.a.w menyenandungkannya, malah mengubah nadanya atau baginda tidak menyelesaikannya.

Said ibnu Abi Urwah meriwayatkan dari Qatadah, Aisyah r.a ditanya, "Apakah Rasulullah S.a.w pernah menyenandungkan syair?" Aisyah menjawab, "Syair (yang buruk) merupakan pembicaraan yang sangat dibencinya. Memang beliau pernah menyenandungkan sebuah bait karya saudara Bani Qais. Namun beliau menjadikan permulaannya sebagai akhir dan akhirnya sebagai permulaan. Kemudian Abu Bakr r.a berkata, "Wahai Rasulullah, puisi itu bukan begitu." Kemudian beliau bersabda, "Demi Allah, aku bukan seorang penyair dan syair itu tidak layak bagiku."  [HR Ibnu Abi Hatim dan Ibnu Jarir]

Namun ada pula syair yang disyariatkan, iaitu yang ditujukan untuk mengejek kaum Musyrik. Puisi sedemikian digubah oleh penyair Islam seperti Hassan ibnu Tsabit, Ka'ab ibnu Malik, Abdullah ibnu Rawahah dan sebagainya. Semoga Allah meredhai mereka semua. Di dalam syair (puisi) pun terdapat hikmah, nasihat dan etika, sebagaimana isi sebegini pun dijumpai dalam syair-syair jahiliyah, di antaranya dalam syair Umayah ibnu Abi ash-Shalut yang dikomen oleh Rasulullah S.a.w dengan, "Syairnya beriman, namun hatinya kafir."

[Imam Ibnu Katsir - Tafsir Ibnu Katsir, surah Yasin : ayat 69]


"Dan ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat. Tidakkah engkau melihat mereka merayau-rayau dengan tidak tentu hala di tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)?  Dan mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal shaleh (dari kalangan penyair-penyair itu), dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya, dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak ke tempat mana mereka akan kembali." [Surah as-Syua'raa' : ayat 224 - 227]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (55) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.