Berita Terkini

6,275 Pelacur ditahan dari Januari hingga April 2014

Gari tangan
Melihat kepada angka yang dikeluarkan oleh  PDRM ini, terfikir juga, "Aku ni tinggal dalam negara Malaysia ke Thailand?" Dah rasa macam duduk dalam negara Thailand lah pula. 

Tentang bilangan yang tersangat ramai itu satu hal. Bagaimana dengan Bapa-bapa ayam? Adakah pihak yang sama atau berlainan semuanya? Ada berapa pihak semuanya? Tak munasabah ada beratus pihak yang berlainan.

Maka timbul pula pertanyaan, kalau asyik Bapak ayam sama yang ditangkap, bagaimana pula boleh banyak kali berulang? Terlepas dengan hanya bayar denda? Atau bagaimana?

Dalam masa 4 bulan sahaja boleh ada 6 ribu lebih pelacur yang tertangkap. Belum lagi dicampur dengan yang tidak tertangkap. Yang sedih lagi, wanita tempatan pun ada seramai 621 orang (ntah yang Muslim ada ke tidak).

Sampai macam ini sekali keadaannya sekarang di negara yang dah makin hilang kesucian ini? Innaalillahi wa innaa ilaihi roji'uun ....... na'udzu billah

Berikut laporan dari Bernama;

Sejumlah 6,275 wanita dari pelbagai negara ditahan sejak Januari hingga April lepas kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan pelacuran di negara ini.

Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman SAC Roslee Chik berkata daripada jumlah itu, sebanyak 2,133 adalah warga Vietnam.

Bilangan wanita Vietnam yang ditahan meningkat berbanding tahun sebelumnya bagi tempoh sama iaitu 1,126 orang.

"Peningkatan sejumlah 1,007 wanita Vietnam adalah disebabkan permintaan pelanggan dan bayaran murah serta layanan 'mesra' wanita negara itu," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata kebanyakan wanita Vietnam menjalankan kegiatan mereka di pusat hiburan dan rumah urut.

"Kos yang murah dalam sistem pengangkutan seperti penerbangan tambang murah dan jalan darat melalui Thailand juga menjadi pemangkin untuk mereka masuk ke negara ini.

"Wanita Vietnam ini dipercayai dibawa masuk oleh ejen tempatan sebelum mengagihkan wanita berkenaan mengikut permintaan pengusaha pusat hiburan," katanya.

Selain wanita Vietnam, turut ditahan dalam Ops Noda di seluruh negara sepanjang Januari hingga April lepas ialah wanita China (1,661), Thailand (1,369), Indonesia (485), Filipina (212), India (94), Bangladesh (23), Laos (28) dan Uganda (16).

Wanita negara lain yang turut terbabit dalam kegiatan pelacuran di negara ini ialah Pakistan, Nepal, Kampuchea, Uzbekistan, Nigeria, Singapura, Rusia, Sri Lanka, Venezuela dan Perancis.

Roslee berkata polis melakukan 18,520 serbuan bagi membanteras kegiatan pelacuran dengan yang tertinggi di Selangor iaitu sebanyak 4,959 diikuti Kuala Lumpur (3,518), Johor (3,074) dan Perak (2,426).

Beliau berkata wanita tempatan turut terbabit dengan gejala pelacuran iaitu seramai 621 orang sepanjang empat bulan lepas (Januari hingga April 2014).

"Tahun lepas, polis tahan seramai 934 wanita tempatan sepanjang tempoh masa yang sama," katanya sambil menambah polis sedang giat mengumpul maklumat berkaitan ejen persendirian dan sindiket pelacuran terbabit. 

[Bernama]


Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.