Berita Terkini

Peperangan penyebab keluarga Tentera ini Memeluk Islam

Cristina Tarantino
Mereka berdua dibesarkan di tengah keluarga Katolik Roma. Si isteri berasal dari Mannheim, Jerman. Sedang suaminya lahir di bandar Kissimmee di wilayah bahagian Florida, Amerika Syarikat.

Chris Tarantino adalah seorang tentera. Suatu masa dia ditugaskan ke Iraq pada 2006. Ketika itulah isterinya, Cristina Tarantino mula mempersoalkan tentang hidup dan mati. Soalan inilah yang kemudian membawa beliau kepada Islam.

Cristina betul-betul takut sesuatu yang buruk akan menimpa suaminya dalam tugas. Dia mula bertanya-tanya apa yang berlaku selepas kematian dan bagaimana menjalani hidup terbaik di bumi. Dia menghabiskan masa dengan kakak perempuannya yang telah masuk Islam setelah berkahwin dengan seorang warga Palestin. Dia mencari bimbingan dari kakaknya.

Jawapan-jawapan kakaknya tentang Islam sangat masuk akal bagi Cristina. Dia juga merasakan ketenangan. Seringkali di antara perbualan telefon dengan suaminya yang berada di Camp Taji, Iraq, dia membincangkan mengenai kemajuan spiritual yang dialaminya. Chris tidak boleh menyembunyikan keterkejutannya apabila si isteri berkata dia telah menerima Islam.

Soalan pertamanya kepada si isteri adalah adakah is telah mula memakai tudung. Ketika itu Cristina mengatakan belum bersedia untuk bertudung. Chris tidak banyak bertanya pada isterinya. Alih-alih, dia selalu memohon petunjuk dalam doanya.

Beberapa tahun kemudian, apabila dia ditugaskan kembali di Iraq pada tahun 2010, tentera berambut perang dan bermata biru itu telah menjadi seorang Muslim. Dengan berani dia memutuskan tidak akan menyembunyikan keislamannya.

"Saya pergi ke Kuwait membeli sejadah dan mulai solat di sana. Menurut saya, mengatakan bahawa saya adalah seorang Muslim bukanlah akhir dari dunia," kata beliau.

Selama satu dekad melakukan pertempuran di wilayah-wilayah Muslim, beberapa tentera kadangkala perlu melawan persepsi umat Islam memusuhi tentera dimana mereka berkhidmat. Chris didaftarkan dalam Angkatan Darat pada 1998. Dia pernah ditugaskan berperang di dua wilayah Muslim. Dia mengatakan tidak pernah mempunyai perasaan positif atau negatif tentang Muslim, bahkan ketika menuju ke Iraq.

"Yang saya tahu adalah kami akan memerangi keganasan. Sebagai askar, saya hanya melakukan apa yang diberitahu. Mereka mengatakan ketidaktahuan adalah kebahagiaan. Saya kira ketika itu saya bodoh," katanya.

Seiring perjalanan waktu, pasangan suami isteri ini meningkat lebih beragama. Mereka kerap melawat sebuah masjid Sunni di Mannheim. Dari sana mereka belajar seluruh idea radikal dan berjihad dengan mengandalkan kekerasan kepada Barat adalah idea yang benar-benar salah.

Chris mengatakan dia mengikuti ajaran Nabi Muhammad. dia mengaku tidak mengaitkan diri dengan radikalisme apapun. Namun, Chris mempunyai situasi yang tidak biasa. Dia adalah satu-satunya tentera AS dalam Masjid Al-Faruq Omar, Jerman, sebahagian dari Islam minoriti dalam tentera dan bahkan salah satu dari sangat sedikit tentera Islam yang tidak berasal dari keluarga Islam atau keturunan Afrika-Amerika Islam.

Meskipun keputusan Chris dan isterinya untuk memeluk Islam bersifat peribadi, bukan politik, pandangannya mengenai perang di Iraq dan Afghanistan dan perang secara umum, telah berubah. Pemikiran Chris mengenai perang benar-benar berubah 180 darjah.

Dia memaknai benar hadis yang menyebutkan membunuh satu orang yang tidak bersalah sama ertinya dengan membunuh semua orang. Dan, menyelamatkan satu orang sama ertinya menyelamatkan seluruh dunia.

Sebagai sebahagian daripada gagasan itu, pasangan ini membantu membentuk sebuah kumpulan non-profit untuk menghantar persediaan makanan dan ubat-ubatan ke Somalia. Cristina adalah salah satu dari tujuh orang di masjid mereka yang membentuk kumpulan Islamischer Humanitaerer Entwicklungsdienst atau Islamic Humanitarian Development Service (www.IHED.de)

Hanya dalam beberapa minggu, badan amal ini telah mengumpulkan dan menghantar 135 tan makanan dan ubat-ubatan. Semua bantuan dikumpulkan, diatur dan dilakukan selama Ramadhan. Di rumah, keluarga Tarantino terus mempelajari iman baru mereka dan berusaha menjalaninya semaksimal mungkin.

Ketika meninggalkan rumah, Cristina memakai baju lengan panjang, rok panjang dan jilbab. Ramai orang yang melihatnya dengan tatapan aneh. "Saya merasa seperti angkasawan," katanya.

Tapi, suaminya tidak pernah punya masalah dengan penerimaan. Tentera di unitnya mengetahui dia seorang Islam. Chris boleh meluangkan masa untuk solat. Dia juga bercakap tentang Islam kepada rakannya sebagai caranya berdakwah. Pada akhirnya, mereka menghormati Chris dan bahkan mengingatkannya waktu solat.

Dia merancang keluar dari Angkatan Darat tahun depan dan pindah bersama keluarganya ke Amerika Syarikat. Cristina merancang terus mengejar gelaran sarjana di bidang komunikasi. Chris merancang melanjutkan pengajian di Embry-Riddle Aeronautical University.

Pasangan ini bertemu di pangkalan di Mannheim lebih dari satu dekad lalu. Mereka telah berkahwin tiga kali. Pertama di balai kota, sekali di gereja dan terakhir kali di masjid. Salah satu perkara yang paling sukar adalah memberi pemahaman pada dua anak kecil mereka. Secara berperingkat anak-anak itu perlu melupakan pari-pari gigi (tooth fairy) dan Santa Claus. Setakat ini, anak mereka boleh menerima hal Islam dengan sangat baik.

Chris sedikit tidak selesa ketika perbincangan mengenai kehidupan selepas mati, janji Tuhan mendapatkan beberapa bidadari di syurga dan poligami. Isterinya mengatakan poligami adalah pilihan, tetapi bukan bererti itu adalah pilihan yang perlu diambil.


Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (58) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.