Berita Terkini

Isteri Beriman mesti bantu Kehidupan Agama Suami

Rumahtangga bahagia suami isteri
Allah S.W.T berfirman: "Ingatlah ketika Isteri Imran berkata," ... Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku menazarkan kepada-Mu, anak yang ada dalam kandungan ku ini menjadi hamba yang soleh dan berkhidmat (di Baitul Maqdis). Kerana itu terimalah nazar itu dariku. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui (QS Ali Imran: 35)

Seorang isteri mempunyai kewajiban berdakwah. Orang yang paling utama didakwahi adalah suaminya sendiri. Kerana itu, tugas seorang isteri membantu kehidupan beragama suami adalah Fardhu 'ain. Maksudnya, kewajiban yang harus dilakukan tiap-tiap orang. Kerana nya isteri adalah orang yang paling bertanggung jawab meluruskan perilaku suami yang tidak selaras dengan ketentuan Islam.

Contoh kaedah seorang isteri yang membantu kehidupan agama suaminya ialah apa yang dilakukan oleh isteri 'Imran a.s. Kejadian ini dijelaskan oleh Allah pada Qs: Ali Imran 35 tersebut.

Imran termasuk salah seorang Nabi dari kalangan Bani Israil. Imran bertugas mengajar Bani Israil ilmu-illmu agama dan membimbing mereka beribadah kepada Allah. Imran a.s ingin sekali usahanya kelak dilanjutkan oleh keturunannya. Keinginan ini disampaikan kepada isterinya. Isterinya pun sangat menyokong dan bernazar kepada Allah S.W.T jika kelak mempunyai anak, maka anaknya itu akan diserahkan kepada ahli-ahli ibadat Bani Israil untuk dididik menjadi ahli agama dan berbakti bagi kepentingan agama.

Isteri Imran merupakan suri teladan bagi para isteri dalam membantu suami membina kehidupan beragama. Akhlak suami yang teguh pada agama harus selalu disokong, bahkan terus diberi semangat supaya si suami hidup di jalan yang diredhai Allah.

Jangan berlaku sebaliknya, isteri menjadi musuh dalam kehidupan beragama suaminya. Misalnya, suami menghendaki hidup bersih dan lurus, sehingga suami selalu menjauhkan diri dari mencari pendapatan yang tidak halal. Sangat disesalkan dari seorang isteri, iaitu mendorong suaminya untuk mengumpul kekayaan sebanyak-banyaknya walaupun terpaksa dengan melakukan rasuah, penipuan dan cara-cara haram lain. 

Juga ada isteri yang membantu suaminya melakukan perbuatan-perbuatan dosa. Contohnya isteri Abu Lahab membantu usaha-usaha Abu Lahab untuk memusuhi Nabi Muhammad S.a.w menyebarkan dakwah Islam di Makkah. Kes isteri Abu Lahab ini diabadikan oleh Allah S.w.t dalam surah Al-Lahab.

Dalam ajaran Islam seorang isteri tidak boleh sambil lewa terhadap kehidupan agama suaminya. Jika suaminya menyalahi ajaran agama, dia wajib meluruskannya. Jika suami memusuhi dakwah Islam, dia wajib menghentikannya. Dan jika suami menegakkan kehidupan Islam, maka dia wajib membantunya. Bila suami kurang pengetahuan Islamnya, sedang isteri banyak tahu, maka wajib mengajar suaminya. Kerana itu isteri wajib terus menerus belajar agama agar dapat membantu suaminya dalam menegakkan kehidupan beragama.

[Drs. Muh Thalib - Era Muslim]

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (55) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.