Berita Terkini

Anna Stamou calon ahli parlimen Eropah yang pertama berjilbab

Anna Stamou
Seorang wanita Yunani (Greek) bertudung (jilbab) telah menjadi calon Islam pertama yang mewakili negaranya bagi menghadapi pilihan raya Parlimen Eropah, dengan harapan untuk mencegah diskriminasi anti-Islam dan memastikan kesaksamaan untuk minoriti agama.

"Saya telah dicalonkan dari Eco Green Party Greece - parti politik ekologi yang merupakan ahli parti European Green - kerana ia sempurna mencerminkan pendapat saya," Anna Stamou, seorang bekas guru yoga dan kini seorang ahli politik aktivis, memberitahu Agensi Anadolu dalam temu bual eksklusif pada Rabu, 7 Mei.

Dicalonkan dari parti Greece Green, Stamou adalah calon bertudung pertama dalam pilihan raya Parlimen Eropah (EP) pada 25 Mei.

Jika dipilih, dia akan menjadi ahli parlimen EU yang pertama yang memakai tudung Islam.

Sebagai seorang graduan pengurusan perniagaan dan pernah menjadi jurulatih yoga, dia hidup sebagai seorang ahli politik bermula selepas memeluk Islam pada usia 30 tahun.

Stamou berkata, dia dilahirkan sebagai seorang Kristian Ortodoks tetapi "mendapati jawapan kepada soalan beliau" dalam Islam selepas menyelidiki selama beberapa tahun terhadap semua agama.

Memimpin kehidupan muslim setelah dia memeluk Islam, beliau bertanggungjawab untuk hubungan awam di Persatuan Islam di Greece dan beliau juga merupakan isteri kepada ketua Persatuan Islam itu.

Beliau kini memilih untuk politik selepas tahun-tahun "aktivis" beliau disamping menjadi guru.

Calon Greek akan bertanding 21 kerusi dalam Parlimen Eropah semasa Pilihan Raya Eropah pada 25 Mei, serentak dengan pilihan raya tempatan di negara itu.

Jumlah kerusi yang diperuntukkan kepada Greece merosot 22-21, akibat daripada pembahagian semula  kerusi tahun 2013 di Parlimen Eropah.

Dalam pilihan raya 2009, Ecologist Greens dari Greece memenangi hanya satu kerusi di EP selepas menerima 3.49 peratus undi.

Antara keutamaan yang mahu diperjuangkan oleh Stamou ialah agar mendirikan sebuah masjid di Athens, satu-satunya ibu kota Eropah yang masih tidak ada masjid.

Muslim terdiri daripada hampir 1.3 peratus daripada 10.7 juta penduduk Greece.


Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (55) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.