Berita Terkini

Makin ramai tentera Australia bunuh diri selepas pulang perang Afghanistan

Jumlah tentera yang masih aktif mahupun bekas tentera yang bunuh diri kini lebih daripada tiga kali ganda jumlah tentera Australia yang terbunuh dalam pertempuran di Afghanistan.

Sejak tahun 2000, 96 anggota Pasukan Pertahanan Australia (ADF) telah bunuh diri. 13 veteran lain bunuh diri selepas keluar dari tentera, dan diduga banyak lagi insiden bunuh diri yang tidak dilaporkan, kemalangan kereta atau keluarga-keluarga yang tidak membuat tuntutan.

Misalnya Mayor (purn) Anthony Krupa yang telah menjadi tentera 18 tahun, termasuk 11 kali penugasan.

Beliau ketagihan kerja, tapi kini pengalaman itu menghantui. "Saya masih dibayangi oleh situasi di Iraq 2005," katanya.

"Pasukan Iraq menahan seorang pemberontak, lalu menyetrumnya. Saya masih ingat bau terbakar itu sampai hari ini," kata Krupa.

Menjelang penugasan 2012, Mayor Krupa mengalami tekanan mental dan cuba bunuh diri. Dia mengaku mengalaminya lagi baru-baru ini.

Sama seperti para veteran lain, soalan yang terus mengganggu adalah: "Kalau saya bukan tentera, saya ini siapa?"

"Saya menjadi hanya sebuah nombor, kehilangan tujuan dan identiti," katanya.

Bekas komander pasukan Australia di Afghanistan, Mejar Jeneral John Cantwell, berkata, ketika operasi antarabangsa berakhir ramai tentera yang mengalami masalah kesihatan mental. Dijangka akan lebih banyak lagi kematian di Australia.

Bekas askar Mayor Chad Dobbs (gambar di atas) bimbang, ADF dan Jabatan Hal Ehwal Veteran tidak menyedari betapa besarnya masalah ini.

Dia pernah cuba overdosis ketika pulang dari Iraq dan Afghanistan dan mengalami kecemasan, kemurungan dan bingung.

Di sana Dobbs memegang pekerjaan penting dan menikmatinya. Tapi ketika pulang, semuanya lenyap. Dia kehilangan harga dirinya.

Dr Stephanie Hodson dari Jabatan Hal Ehwal Veteran mengemukakan, "Pada dasarnya Australia mempunyai masalah bunuh diri, terutama di kalangan lelaki muda, bunuh diri adalah penyebab utama kematian pada kumpulan usia di bawah 44," katanya.

[Detik News / ABC Australia]


Maklumat tambahan

Ramai tentera United Kingdom bunuh diri selepas pulang dari perang Afghanistan

Mengutip data yang dikumpulkan oleh BBC Panorama, tercatat sepanjang tahun 2012 lebih ramai tentera United Kingdom yang bunuh diri berbanding terbunuh akibat berperang melawan Taliban di Afghanistan.

Data tersebut menyebutkan 21 orang tentera United Kingdom bunuh diri di samping 29 veteran perang lain yang melakukan aksi sama. Sementara data menyebutkan kematian di Afghanistan sampai pada angka 44 orang, di mana 40 diantaranya terbunuh dalam pertempuran.  [BBC]


Ramai tentera Amerika Syarikat bunuh diri selepas pulang dari perang Iraq

Kajian para doktor tentera Amerika Syarikat (AS) berkata, jumlah kes bunuh diri Angkatan Tentera Darat AS melonjak 80 peratus setelah pencerobohan Iraq.

Menurut Jurnal Inggeris 'Injury Prevention' yang diterbitkan Khamis, (8/3/2012) sebelum tahun 2003 peratusan kes bunuh diri Tentera Darat AS jauh di bawah masyarakat awam. Namun pada tahun 2004 setahun selepas pencerobohan AS ke Iraq, angka bunuh diri itu terus naik meruncing.

Pada tahun 2008, lebih kurang 140 tentera darat bunuh diri. Angka 2008 ini menunjukkan peningkatan 80 peratus dari tahun 2004, catat artikel dalam jurnal tersebut. 

Kajian ini mendedahkan hampir 600 veteran AS yang kembali dari Iraq atau Afghanistan, 14 peratus dari mereka mengalami PTSD dan 39 peratus menjadi pergantungan pada minuman beralkohol.  [Muslim Daily]


Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (58) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.