Berita Terkini

Brunei akan laksanakan Undang-undang Islam dalam fasa pertama

Sultan Hassanal Bolkiah
Sultan Brunei Darussalam telah mengumumkan Undang-undang baru berdasarkan undang-undang jenayah Islam, yang mana sebelum ini dikritik keras oleh para pegawai di PBB.

"Hari ini, saya menyatakan keimanan saya dan bersyukur kepada Allah S.w.t untuk mengumumkan bahawa esok, Khamis (1/5/2014) Brunei akan menyaksikan penegakan Syariat Islam dalam fasa pertama, yang harus diikuti dengan fasa lain," ujar Sultan Hassanal Bolkiah.

Syariat Islam yang dilaksanakan di Brunei akan terus diperkenalkan dari semasa ke semasa termasuk sebat, potong tangan dan rejam bagi mereka yang melakukan jenayah.

Ramai dari ahli etnik Muslim Melayu menyuarakan sokongan mereka untuk perubahan tersebut. Namun, warga non-Muslim yang memimpin letupan balas di media sosial awal tahun ini, sebahagian besar terdiam setelah sultan memerintahkan untuk berhenti.

"Teori menyatakan bahawa undang-undang Allah kasar dan tidak adil, tetapi Allah sendiri telah mengatakan bahawa undang-undangNya adalah adil," ujar Sultan.

Pejabat hak asasi manusia PBB baru-baru ini berkata bahawa ia 'sangat prihatin' dengan penerapan Syariat Islam di Brunei. Mereka mendakwa bahawa hukuman seperti rejam diklasifikasikan berdasarkan undang-undang antarabangsa sebagai penyiksaan kejam, atau hukuman yang tidak berperikemanusiaan.

Jabatan rasmi Brunei mengatakan untuk menjatuhkan hukuman diperlukan bukti yang cukup dan hakim akan mempunyai budi-bicara secara meluas sebelum hukuman dijatuhkan. 

Sultan telah memberi amaran akan buruknya pengaruh asing yang merosakkan seperti internet, dan dia bercadang untuk memberikan perhatian yang lebih kepada Islam. 

Hampir 70 peratus daripada 400,000 penduduk Brunei adalah Muslim Melayu sementara sekitar 15 peratus adalah etnik Cina non-Muslim. 

[AlJazeera / AFP]


Fasa pertama undang-undang ini meliputi kesalahan am yang ditetapkan oleh kerajaan, termasuk tidak menghormati bulan Ramadhan dan tidak menunaikan solat Jumaat. Kesalahan am boleh dihukum dengan denda, atau kedua-duanya.

Hukuman dera tubuh seperti sebat dan pemotongan anggota badan untuk jenayah seperti kecurian tidak akan dikuatkuasakan sehingga fasa kedua.

Hukuman mati akan berkuat kuasa dalam fasa ketiga.  [Brunei Times]

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (54) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (334) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.