Berita Terkini

Sahabat pembawa bendera yang sanggup dipotong kedua tangan dan syahid

Berikut adalah beberapa kisah sahabat Nabi S.a.w yang sanggup dipotong kedua-dua tangan dan akhirnya mati syahid kerana membawa bendera Islam sewaktu peperangan melawan orang-orang kafir.  Begitulah pengorbanan para sahabat dalam memperjuangkan dan mempertahankan Islam agama tercinta, Allahu akbar.

Syahidnya Mus'ab ibnu 'Umair r.a

Dalam Peperangan Uhud, bendera orang Muhajirin dipegang oleh Mus'ab ibnu 'Umair r.a. Apabila orang-orang Islam bertempiaran lari dalam kebingungan, beliau masih tetap teguh berdiri. Seorang kafir telah menghampirinya lalu memotong tangannya dengan pedang supaya bendera itu jatuh untuk menandakan kekalahan yang nyata bagi orang Islam.

Beliau segera menyambar bendera itu dengan tangannya yang satu lagi. Musuh itu turut memotong tangannya yang sebelah lagi itu. Beliau telah merapatkan dua lengannya ke dada dan telah menahan bendera itu supaya tidak jatuh. 

Musuh itu memanahnya sehingga menyebabkan beliau gugur syahid. Selagi hayat dikandung badan beliau tidak membiarkan bendera itu jatuh. Selepas kesyahidannya barulah bendera itu jatuh tetapi terus diangkat oleh seorang sahabat lain.


Syahidnya Ja'far ibnu Abi Thalib r.a

Dalam Perang Mu'tah, Rasulullah S.a.w telah melantik Zaid ibnu Haritsah r.a sebagai ketua tentera Islam. Rasulullah S.a.w bersabda; "Sekiranya beliau syahid maka Ja'far ibnu Abi Thalib r.a akan menjadi ketua. Sekiranya beliau juga syahid maka 'Abdullah ibnu Rawahah r.a akan menjadi ketua. Sekiranya beliau juga syahid, maka orang-orang Islam boleh lah melantik sesiapa yang mereka suka sebagai ketua."

Seorang Yahudi yang mendengar perbualan itu berkata, "Ketiga-tiga mereka pasti akan syahid. Itulah maksud yang dibawa oleh kata-kata sedemikian daripada para nabi yang terdahulu."

Rasulullah S.a.w telah membuat satu bendera putih dan telah menyerahkan bendera itu kepada Sayyidina Zaid ibnu Haritsah r.a. 

Setelah Zaid r.a syahid, maka Sayyidina Ja'far ibnu Abi Thalib r.a pula memegang bendera. Pada mulanya bendera itu berada di tangan kanan. Orang kafir telah memotong tangan kanannya supaya bendera itu jatuh. Dengan segera beliau telah menyambar bendera itu dengan tangan kirinya. Mereka telah memotong tangan kirinya juga.

Maka beliau telah menahan bendera itu dengan dua lengannya serta menggigitnya kukuh dengan gigi. Seorang kafir telah datang dari belakang lalu menetaknya sehingga beliau terbelah dua yang menyebabkan beliau terus jatuh. Pada masa itu umurnya baru 33 tahun.

Sayyidina 'Abdullah ibnu 'Umar r.a berkata, "Selepas itu, apabila kami mengangkat mayat Sayyidina Ja'far r.a daripada kalangan mayat-mayat, didapati 90 liang luka ada di bahagian hadapan badannya."

Apabila Ja'far r.a telah syahid, orang ramai telah memekik memanggil Sayyidina Abdullah ibnu Rawahah r.a yang pada masa itu berada di satu penjuru sedang makan seketul daging. Selama tiga hari beliau tidak mendapat sesuatu untuk makan. Sebaik sahaja mendengar panggilan itu, beliau terus membaling ketulan daging tersebut. Beliau mengutuk dirinya sendiri, "Ja'far telah syahid, tetapi kamu wahai 'Abdullah, masih sibuk dengan dunia."

Beliau maju ke hadapan mengambil bendera dan mula berperang. Jarinya telah tercedera dan jari itu tergantung-gantung di tangannya. Beliau telah menekan jari yang tergantung itu dengan kakinya kemudian menarik tangannya sehingga jari itu terputus. Beliau kemudian membuang bahagian yang terputus itu lalu maju ke hadapan.

Beliau terus menghayun pedangnya sehingga beliau gugur syahid.

[Petikan dari Bab 7: Rindukan mati syahid, kitab Fadhail al-Amal - Maulana Muhammad Zakariyya Kandhlawi]



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (55) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (334) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.