Berita Terkini

Karomah Umar al-Khattab dan Ali bin Abi Thalib dapat berdialog dengan ahli kubur

Dialog Umar al-Khattab r.a dengan ahli kubur

Suatu hari Umar bin al-Khattab r.a melintasi kuburan Baqi', Madinah. Setelah mengucapkan salam kepada ahli kubur, dia memberitahu. "Menurut khabar, Isteri-isteri kamu sudah menikah lagi, rumah-rumah kamu sudah didiami, dan harta peninggalanmu sudah berserakan." 

Seketika terdengar jawaban dari dalam kubur. "Wahai Umar, apa yang sudah kami dulukan dari harta kami, sudah kami perolehi hasilnya, apa yang sudah kami belanjakan (maksudnya untuk jihad) sudah kami perolehi keuntungannya, dan apa-apa yang kami tinggalkan, kami kerugian."  [Riwayat Ibnu Abi Dunya]

Yahya bin Ayyub al-Khaza'i menceritakan bahawa, Umar ibnu al-Khattab mendatangi makam seorang pemuda lalu memanggilnya, "Hai Fulan! Dan orang yang takut akan saat menghadap Tuhannya, akan mendapat dua syurga [Surah Al-Rahman : 46]. Dari liang kubur pemuda itu, terdengar jawapan, "Hai Umar, Tuhanku telah memberikan dua syurga itu kepadaku dua kali di dalam syurga." [Riwayat Ibnu Asakir]


Dialog Ali bin Abi Thalib r.a dengan ahli kubur

Said bin Musayyab menceritakan bahawa dia dan para sahabat menziarahi makam-makam di Madinah bersama Ali bin Abi Thalib r.a

Ali bin Abi Thalib r.a lalu menyeru, "Wahai para penghuni kubur, semoga rahmat dari Allah senantiasa tercurah kepada kalian, beritahulah keadaan kalian kepada kami atau kami akan memberitahu keadaan kami kepada kalian."

Lalu terdengar jawaban, "Semoga keselamatan, rahmat, dan berkah dari Allah senantiasa tercurah untukmu, wahai Amirul Mukminin. Khabarkan kepada kami tentang hal-hal yang terjadi setelah kami."

Ali bin Abi Talib r.a berkata, "Isteri-isteri kalian sudah berkahwin lagi, kekayaan kalian sudah dibahagi, anak-anak kamu berkumpul dalam kumpulan anak-anak yatim, bangunan-bangunan yang kamu dirikan sudah ditempati musuh-musuh kamu. Inilah khabar dari kami, lalu bagaimana khabar kamu? "

Salah satu mayat menjawab, "Kain kafan telah koyak, rambut telah gugur, kulit mengelupas, biji mata terlepas di atas pipi, hidung mengalirkan darah dan nanah. Kami mendapat pahala atas kebaikan yang kami lakukan dan mendapatkan kerugian atas kewajiban yang kami tinggalkan. Kami bertanggung jawab atas perbuatan kami."  [Riwayat Imam Al-Baihaqi]

1 ulasan:

  1. terima kasih atas perkongsian..saya ambil yang haq sahaja lain2 tidak.

    BalasPadam

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (58) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.