Berita Terkini

Tips-tips keren untuk Para Pendidik oleh Dr Zulkifli Al-Bakri


Tips-tips yang sangat berguna dan keren untuk para pendidik dan juga siapa saja yang mahu mengambil manfaat. Jazaakumullahu khoirol jazaa'

Antara isi-isi menarik;

- Ulama besar dulu kala dibesarkan oleh ibu-bapa yang soleh, walaupun bukan semuanya alim. Ini menunjukkan betapa pentingnya ibubapa menjadi orang yang soleh agar anak-anaknya menjadi hebat dalam bidang agama.

- Ulama besar dulu kala juga sangat banyak membaca buku-buku yang bermanfaat.  Beberapa contohnya;

Ibnul Jawzi dikatakan membaca lebih dari 30 ribu buah buku.  Beliau sehinggakan berkarya mengarang buku lebih dari 300 buah karya.

Imam Muzani iaitu anak murid Imam As-Syafi'e rahimahullah, mengulang baca kitab Imam Syafi'e yang berjudul Ar-Risalah sebanyak 500 kali khatam.  Walaupun beliau adalah seorang yang sangat alim, sehinggakan Imam Syafi'e berkata Imam Muzani adalah pendukung utama mazhabnya, namun beliau banyak mengulang baca kitab Imam As-Syafi'e itu, masyaAllah.

Salah seorang Tok guru kepada Dr Zulkifli sendiri iaitu Dr Wahbah Zuhaili, beliau bercerita kepada Dr Zul bahawa beliau biasa membaca buku 16 jam sehari.  Bayangkan seorang yang sangat alim pun banyak membaca, bagaimana kita yang jahil-jahil ni? :D

- Di negara Arab, seorang tok guru besar pun masih terus belajar. Antaranya;

Imam Abu Hanifah walaupun telah menjadi ulama besar tetapi terus belajar kepada Syeikh Hammad selama lebih 17 belas tahun.

Imam As-Syafi'e belayar mencari ilmu tidak kurang dari 8 kali dalam hidupnya, walaupun setelah menjadi ulama besar.

- Ulama besar dulu juga dapat khatam Al-Quran banyak kali, sampai ada yang 6 kali sehari, 2 kali sehari, 1 kali dan sebagainya.

- Imam Abu Hanifah rahimahullah biasa solat malam sebanyak SEPARUH MALAM. Hinggakan ada seorang wanita memberitahu orang ramai bahawa Imam Abu Hanifah solat SELURUH MALAM. Maka selepas itu Imam Abu Hanifah tidak tidur malam untuk solat. Sampai ada yang bertanya beliau, kenapa begitu? Beliau kata beliau takut wanita tadi menjadi bercakap bohong kerana beritahu orang bahawa dia solat SELURUH MALAM.

- Kekuatan hafalan ulama dulu juga luar biasa. Contohnya;

Imam As-Syafi'e dapat hafal seluruh hadits dalam kitab Muwattha' Imam Malik ketika berusia 10 tahun.

Imam Ahmad bin Hanbal dapat hafal hadits nabi lebih dari sejuta hadits, sekali dengan matan dan sanadnya sekali.

- BUDAYA ILMU itu sangat penting untuk menjadi orang yang kuat hafalan, rajin membaca, luas ilmu, dan berpotensi untuk menjadi ulama yang baik.

- Dan sebagainya lagi, sila tonton dan hayati video di atas. Wallahu a'lam .......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (58) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.