Berita Terkini

Syarah Ihya Ulumuddin [jilid 1] Bab Kematian - Ustaz Yunus Kamaruddin

Ustaz Yunus Kamaruddin : Ihya Ulumuddin [jilid 1] Bab Kematian

- Kita perlu ikut ulama-ulama hadits berkenaan status hadits, kerana kita TIDAK MENDENGAR sendiri hadits dari Rasulullah S.a.w. Maka jika ulama hadits (yang telah mengkaji hadits mengikut kaedahnya) kata shahih maka kita turut mengatakan shahih, dan begitulah seterusnya.

- Di dalam syurga, kita makan bukan kerana lapar, tetapi kerana untuk menikmati makanan.  Tiada mati lagi. Begitulah di dalam neraka pun tiada mati, dan penyeksaan dilakukan dalam keadaan manusia terus hidup. Bayangkan bagaimana seksanya, sedangkan di dunia, kita mungkin akan pengsan, koma atau mati jika mendapat sakit maksimum.  Maka di waktu pengsan dan koma tidak merasakan sakit.

- Jika kita sedar bahawa kita ini manusia yang lemah dan banyak kesalahan serta kejahatan juga, maka kita tidak ada masa untuk mencari-cari kesalahan orang lain.

- Kita biasa lihat kejahatan pada diri orang lain, sedangkan kita pun ada kejahatan, cuma kejahatan kita mungkin berbeza. Maka kenapa perlu kita fikir banyak-banyak tentang kejahatan orang lain dan suka menghukum orang?

- Sangat bagus amalkan doa, membudayakan doa sentiasa. Allah lebih suka kita banyak berdoa kepadaNya, lagi banyak kita minta lagi Dia suka, dan Dia marah kalau kita tidak berdoa / minta kepadaNya.  Berlawanan dengan manusia, yang biasanya tidak suka orang meminta-minta kepadanya.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, dia berkata; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda; "Barang siapa yang tidak memohon (berdoa) kepada Allah maka Allah akan murka kepadanya." [HR At-Tirmidzi]

- Kalau kita sudah berdoa, Allah S.w.t pasti akan makbulkan, asalkan kita memakan rezeki yang halal. Walaupun begitu tidak semestinya Allah menunaikan apa hajat kita. Tetapi Allah akan makbulkan sama ada dengan MENOLAK BALA dari kita, atau MENGGANTIKANNYA dengan yang lebih baik dari apa yang kita minta, atau MENGURNIAKAN GANJARAN di Hari Kiamat nanti.

Maka jika kita meminta sesuatu kepada Allah S.w.t dan kita tidak dapat apa yang kita minta itu, JANGAN terus mengatakan bahawa Allah tidak berikan. Kerana janji Allah;

"Mintalah (berdoa) kepada-Ku, nescaya akan Aku kabulkan bagi kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong diri dari beribadah (berdoa) kepada-Ku, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina."  [Surah Ghaafir : 60]

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, Maka sesungguhkan Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia (benar-benar) berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran."  [Surah Al-Baqarah : 186]

- Kalau nak berdakwah atau mengajak orang melakukan kebaikan atau melarang kemungkaran pun, GUNAKANLAH bahasa yang baik dan bersopan.

- Dosa dengan manusia jangan dipandang ringan. Bayangkan jika kita melakukan sesuatu yang menyusahkan RAMAI ORANG, seperti merosakkan harta benda awam dengan sengaja, mengganggu tempat awam dan sebagainya.  Apa lagi jika kita menyebarkan atau mengajar perkara maksiat atau jahat kepada orang lain.  Selagi orang amal dan menyebarkan ajaran tersebut, maka dosanya berterusan kita tanggung, na'uzubillahi miin zaalik .......

- Dan macam-macam lagi .......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (63) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.