Berita Terkini

Saintis nuklear paling muda di Mesir di penjara

Saintis nuklear paling muda di Mesir di penjara
Rawdah Shalabi, 22, telah dikenakan hukuman penjara 11 tahun 1 bulan bersama 21 gadis dan wanita muda lain yang dikenali sebagai kelompok "Free Alexandria".

Mereka mengambil bahagian dalam bantahan aman pro-Morsi apabila mereka ditangkap. 14 telah diberi hukuman penjara yang panjang manakala 14 orang belum dewasa telah dimasukkan ke dalam pusat tahanan juvana.

Graduan dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Nuklear di Universiti Alexandria ini adalah salah seorang daripada sepuluh pelajar yang mereka-cipta model reaktor nuklear di tahun akhir pengajian. Menurut penasihat akademik, dia adalah "peranan utama dalam pengiraan reka bentuk reaktor itu."

Apabila Rawdah sepatutnya diberi penghormatan oleh Universiti untuk peranannya dalam projek ini, keluarganya telah melawat beliau di penjara. 

Hossam Shalabi, bapa Rawdah, adalah seorang profesor kejuruteraan elektrik yang telah menerima Anugerah Negara Mesir sebanyak tiga kali, dia adalah pencipta kepada 160 penerbitan saintifik. Beliau juga merupakan 'role model' kepada Rawdah.

[MEM]


*Update 8 Dis 2013

Bukan Anggota Ikhwan, 21 Wanita Mesir Dibebaskan

Mahkamah rayuan membatalkan keputusan hukuman atas 21 perempuan yang dituduh sebagai ahli Ikhwanul Muslimin dan ikut demonstrasi pro-Mursy November lalu.

Kumpulan perempuan itu, termasuk 7 di antaranya masih di bawah umur, tampil di persidangan dari penjara, sebahagian membawa bunga mawar merah dengan tulisan "kebebasan" di telapak tangannya, lapor Euronewsi.

Keputusan mahkamah rayuan hari Sabtu (7/2/2013) itu mengubah keputusan sebelum ini. Anak-anak yang masih dibawah umur diberi hukuman percubaan tiga bulan, sedangkan hukuman 11 tahun penjara bagi 14 perempuan dewasa dikurangkan menjadi hukuman percubaan 1 tahun penjara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (55) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.