Berita Terkini

Menjawab fitnah-fitnah terhadap Syeikh Ibnu Taimiyyah

Ibnu Taimiyyah, wali dari wali-wali Allah

Antara petikan hujjah Maulana Mohd Asri Yusof tentang Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah;

- Syeikh Ibnu Taimiyyah (Ahmad bin Abd al-Halim bin Abd al-Salam bin Abi al-Qasim bin Muhammad bin Taimiyyah) juga manusia biasa, tidak maksum, ada juga kesilapan-kesilapannya, tetapi tuduhan-tuduhan berat terhadap beliau sangat tidak wajar.

- Ibnu Taimiyyah mahu membudayakan masyarakat dengan hadits-hadits Shahih sahaja. Menyebabkan ada golongan masyarakat yang sudah biasa dengan amalan-amalan dari hadits dhaif dan maudhu' menjadi tidak selesa. 

- Ibnu Taimiyyah banyak menyerang tarekat tasawwuf kerana di zamannya , sangat banyak tarekat yang menyeleweng dari Islam yang sebenar. Dia bukannya menolak tasawwuf mentah-mentah kerana dia sendiri pun adalah seorang sufi juga. Dalam kitab-kitabnya juga ada bahagian yang membincangkan tentang Tasawwuf.

Dia bukan menolak tasawwuf atau ajaran akhlak yang dibawa oleh nabi iaitu seperti sifat-sifat mahmudah dan seumpamanya, tetapi dia menolak ajaran-ajaran yang waktu itu contohnya seperti menyisihkan diri ke bukit-bukit dan tidak bergaul dengan masyarakat, perbuatan-perbuatan bid'ah dalam ibadah dan seumpamanya.

- Walaupun ada segelintir ulama yang mengatakan Ibnu Taimiyyah sesat, tetapi lebih ramai lagi ulama-ulama besar mengatakan beliau adalah Syeikhul Islam dan Wali Allah. 

- Ibnu Taimiyyah berkeras dan bertegas sesuai dengan zaman dan tempatnya. Seperti contohnya di Pakistan atau di beberapa tempat di Timur Tengah sekarang, yang terlibat dengan perang dan seumpamanya, bukan masa untuk lembik dan berlembut lagi.  Lain lah kita di Malaysia ini yang aman dan masih agak stabil lagi, maka cara lembut dan sesuai dengan jiwa masyarakat di sini adalah perlu.

- Yang peliknya, golongan-golongan yang membenci Ibnu Taimiyyah itu menyesatkan Ibnu Taimiyyah, sedangkan kitab-kitab ajaran dari anak muridnya mereka pakai. Contoh anak-anak murid terkenal Ibnu Taimiyyah iaitu Ibnu Katsir, salah seorang penulis kitab tafsir Al-Quran yang terkenal iaitu kitab Tafsir Ibnu Katsir.

Selain Imam Ibnu Katsir, anak-anak murid Syeikh Ibnu Taimiyyah yang menjadi ulama besar antaranya Imam Az-Zahabi, Imam Ibnu Qoyyim Al-Jauziyyah, Imam Al-Mizzi, Imam As-Sofadi, Imam Ibnu Rajab, Imam Kamal ad-Din Ibn az-Zamlakani dan sebagainya.

- Biasanya ahli-ahli bid'ah dan Syiah yang menyerang peribadi Ibnu Taimiyyah, kerana jika Ibnu Taimiyyah berjaya diburukkan, maka makin kurang lah hujjah dari Ahlus Sunnah untuk berhadapan dengan pelaku-pelaku bid'ah dan orang-orang kafir.

Ibnu Taimiyyah di zamannya terpaksa menentang banyak pihak, termasuk ahli-ahli bid'ah, Mu'tazilah, Syiah dan juga tentera kafir iaitu tentera Tartar.


p/s: Tidak hairan lah jika ulama besar seperti Ibnu Taimiyyah diburukkan, kerana Nabi Muhammad S.a.w sendiri pun diburuk-burukkan juga oleh golongan-golongan yang ada kepentingan keduniaan dan nafsu semata.

- Ada pihak yang mengatakan Tauhid Rububiyyah dan Uluhiyyah TIADA di zaman nabi S.a.w dan baginda tidak pernah sebut.  Oleh itu mereka kata Imam Ibnu Taimiyyah melakukan bid'ah dholalah kerana mereka-cipta Tauhid 3 serangkai itu.

- Soalan,  PERNAH kah Nabi S.a.w sebut TAUHID  SIFAT 20?  Sila berikan DALIL Naqli juga tentangnya jika ada.

- Pernahkah di zaman nabi ada Mazhab Syafie, Maliki, Hanbali dan Hanafi?   Adakah Imam-imam itu MEREKACIPTA suatu yang tiada di zaman nabi?

- Setahu saya yang FAQIR ILMU ini, Syeikh Ibnu Taimiyyah bukanlah melakukan bid'ah dholalah, tetapi MENYUSUN kembali agar orang awam LEBIH FAHAM dan JELAS.  Sama lah dengan penyusunan kembali oleh Imam-imam MAZHAB.   Mazhab pun belum wujud zaman nabi dan sahabat.

Berkenaan dengan Tauhid Rububiyyah, dimana Syeikh Ibnu Taimiyyah mengatakan orang-orang kafir juga ada yang mempunyai Tauhid Rububiyyah, mungkin disalah-fahamkan dengan perkataan Tauhid itu sendiri.  Tetapi cuba gantikannya dengan AQIDAH RUBUBIYYAH yang bermakna PEGANGAN / KETETAPAN HATI BAHAWA ALLAH ITU PENCIPTA , maka memang lah ada orang kafir sendiri yang mengakui bahawa Allah itu pencipta, tetapi cuma mereka mensyirikkan Allah dengan menyembah juga perkara-perkara lain di samping Allah Azza wa Jalla.

Dan ianya disebut sendiri di dalam AlQuran , "Dan jika kamu bertanyakan mereka tentang: Siapakah pencipta mereka? Nescaya mereka menjawab: Allah. Maka bagaimanakah mereka dapat dipalingkan dari menyembah Allah?"  [Surah Az-Zukhruf : 87]

- Zaman Ibnu Taimiyyah, beliau melawan kafir TARTAR, kemudian berhadapan dengan puak-puak AHLI BID'AH, MU'TAZILAH dan juga SYIAH.  Maka dia susun kitabnya sesuai dengan keadaan orang zaman itu.  Dan jika ada sedikit kekerasan dalam ajarannya, itu kerana dia berada dalam SITUASI PEPERANGAN pada waktu itu,  sepertimana dalam ayat Al-Quran pun ada sebut tentang PEPERANGAN, kerana waktu itu Nabi S.a.w BERPERANG .......

Seperti kata Maulana Asri di atas juga, Ibnu Taimiyyah berkeras dan bertegas sesuai dengan zaman dan tempatnya. Seperti contohnya di Pakistan atau di beberapa tempat di Timur Tengah sekarang, yang terlibat dengan perang dan seumpamanya, bukan masa untuk lembik dan berlembut lagi. Takkan dalam suasana PEPERANGAN, anda mahu bercakap tentang KELUARGA BAHAGIA.


Mengapa Ibnu Taimiyyah difitnah?  Sila saksikan video-video di bawah;



- Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah telah hafaz AlQuran ketika usianya 7 tahun. Beliau sejak kecil lagi serius dengan agama, tidak main-main dan membuang masa seperti kanak-kanak atau orang lain.

- Ibnu Taimiyyah mudah menghafal dan payah lupa, bukan seperti kebanyakan kita yang payah menghafal dan mudah lupa. Imam az-Zamlakani mengatakan beliau belum pernah jumpa seorang yang kuat hafalannya seperti Ibnu Taimiyyah.

- Imam Ibnu Daqieq Al-Ied mengatakan di depan mata Ibnu Taimiyyah itu penuh dengan ilmu. Bermakna ilmunya sangat meluas.

- Imam Al-Hafidz Al-Mizzi mengatakan beliau tidak pernah melihat seorang yang alim dengan Kitab Allah dan Sunnah Rasul seperti Syeikh Ibnu Taimiyyah.

- Berkata al-Imam az-Zahabi; "Beliau adalah satu bukti kekuasaan Allah dari sudut kecerdikannya, kefahamannya yang pantas, ketua dalam mengetahui al-Quran dan sunnah dan juga khilaf. Lautan ilmu dalam manaqalkan kalam-kalam ulama. Beliau pada zamannya adalah satu-satunya orang alim, zuhud, berani, pemurah, menyuruh ke arah yang ma’ruf, menentang kemungkaran dan terlalu banyak karangannya." Tambah az-Zahabi lagi; "jika disebut bidang Tafsir maka beliau adalah obornya, jika disebutkan tentang Fuqaha maka beliau adalah Mujtahid Mutlaq, jika beliau datang bercakap di hadapan para penghafaz pasti mereka akan terkedu, jika beliau berdebat dengan Ibnu Sina, pasti beliau akan menewaskannya dan memalukannya, menghancurkan dalil-dalil mereka, membuka kelemahan mereka."  Sehingga kata-kata az-Zahabi; "sekira-kira boleh kita katakan, bahawa setiap hadis yang tidak diketahui oleh Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah maka ianya bukanlah hadis".

- Tentera Tartar sebelum itu yang tidak pernah kalah, tetapi tumpas apabila melawan tentera yang dipimpin oleh Syeikh Ibnu Taimiyyah.

Dan banyak lagi hujjah yang boleh dibahas untuk menangkis pelecehan-pelecehan terhadap Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah anhu.  Wallahu a'lam .......


Video-video bonus tentang Syeikh Ibnu Taimiyyah

Ulasan ringkas Ustaz Azhar Idrus

Golongan yang sesatkan Ibnu Taimiyah

Imam Jalaluddin As-Suyuthi pun memuji Ibnu Taimiyyah

Fahaman Ibnu Taimiyah - Ustaz Zainudin (Classmate saya ketika sekolah menengah dulu)


Biografi Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah


Benarkah Ibnu Taimiyyah berfahaman tajsim?

Berikut adalah kenyataan dari Dr MAZA (yang dikutip dari page beliau di Facebook) berkenaan tuduhan terhadap Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah;

AWASI PEMBOHONG YANG MENYESATKAN IBN QAIYIM DAN IBN TAIMIYYAH

Penulis yang menyesatkan Ibn Qayyim itu membawa khabar palsu yang disandarkan kepada al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani, sehingga menggambarkan seolah-seolah Al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani الحافظ ابن حجر العسقلاني (meninggal 852H) dalam Al-Durar al-Kaminah الدرر الكامنة mempertikaikan `aqidah Ibn Taimiyah. Penulis itu menyebut seperti berikut: “para ulama telah menggelarkan Ibn Taimiyyah dengan tajsim berdasarkan apa yang telah beliau tulis., Ibn Hajar menambah lagi: “dia dihukum dengan munafiq kerana perkataannya terhadap Saidina `Ali”.

Ini adalah pembawa khabar palsu. Menuduh seorang imam dengan tuduhan begitu dan berbohong ketika memetik nas. Ini tabiat yang sama dengan Hasan Saqqaf yang sering berdusta. Sebenarnya, terjemahannya sepatut begini: “Orang ramai telah berbeza pendapat mengenainya kepada beberapa golongan, di kalangan mereka, ada yang mengaitkannya dengan tajsim…di kalangan ada yang mengaitkannya dengan nifaq ومنهم من ينسبه إلى النفاق".”. Ibn Hajar hanya menceritakan bukan memutuskan, atau bersetuju. 

Kemudian Ibn Hajar meneruskan ceritakan mengenai fitnah yang dikenakan kepada Ibn Taimiyah itu, sehingga beliau menyebut:”Ibn Taimiyyah terus dipenjara sehingga kembali ke rahmat Allah. Kepada Allah juga kembali segala urusan. Dia (Allah) memerhatikan mereka yang khianat dan apa yang disembunyikan di dalam dada. Hari kematian Ibn Taimiyyah itu menjadi bukti, manusia memenuhi jalan menyambut jenazahnya, orang Islam datang dari serata pelusuk. Mereka mengambil keberkatan dengan menghadiri jenazahnya, pada hari yang ditegakkan bukti, mereka semua ingin memegang kerandanya sehingga patah kayunya” (Ibn Hajar al-`Asqalani, al-Durar al-Kaminah, 1/155, cetakan: Dar al-Turath al-`Arabi, Beirut)

Lihatlah cara buruk penulis ini membelitkan fakta. Lain yang maksudkan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani, lain pula yang digambarkannya. [Dr. Mohd Asri Zainul Abidin]

Wallahu a'lam .......

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (54) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (334) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.