Berita Terkini

Korea Utara hukum mati 80 orang kerana menonton filem Korea Selatan dan mengedarkan pornografi

Kim Jong-Un
Lapan puluh orang telah dihukum mati secara terbuka di bandar-bandar seluruh Korea Utara akibat "pelanggaran undang-undang kecil" termasuk menonton filem-filem Korea Selatan dan mengedarkan pornografi, menurut satu laporan.

Akhbar Korea Selatan iaitu JoongAng Ilbo memetik sumber yang mengatakan hukuman mati awam besar-besaran yang pertama di bawah pemerintah Kim Jong-Un berlaku Ahad lepas dimana sekitar 10 orang dibunuh di tujuh bandar yang berbeza.

Dalam salah satu sesi hukuman, lapan orang telah diikat kepada tiang dalam sebuah stadium tempatan dan ditembak dengan mesingan di hadapan 10,000 orang - termasuk kanak-kanak.

Mangsa-mangsa pembunuhan itu di bandar Wonson, di wilayah Kangwon di negara itu, dikatakan telah dituduh menonton dan secara haram menyeludup video Korea Selatan, memiliki Bible atau yang terlibat dalam pelacuran.

Mana-mana rakan sejenayah atau ahli keluarga tertuduh yang dikatakan telah terlibat dalam jenayah mereka telah dihantar ke kem-kem penjara.

Hukuman mati dilaksanakan tiga bulan selepas dilaporkan bahawa rejim Kim Jong-Un telah membunuh 12 penghibur terkenal Korea Utara, termasuk bekas kekasih Hyon Song-Wol. Mereka dikatakan telah dituduh memfilemkan diri mereka mengadakan hubungan seks dan menjual bahan tersebut.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (58) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.