Berita Terkini

Aishah Schwartz, Hidayah dan Burkini

Aishah Schwartz, Hidayah dan Burkini
Satu dekad silam, Aishah Schwartz memutuskan untuk menjadi Muslim. Keputusan ini diambilnya, selepas 41 tahun tak pernah tahu apa itu Islam dan Muslim.

Kini, dia kian memahami mengapa Allah memberikan hidayah kepadanya. "Subhanallah, aku bersyukur menjadi Muslim," kata beliau seperti dilaporkan onislam.net, Rabu (13/11).

Sebelum menjadi Muslim, Aishah gemar berenang. Dia malah rutin melawat laut Merah setiap tahun. Setelah menjadi Muslim, ada sejumlah adaptasi yang perlu dilakukan. Intinya, Islam tidak menghalang hobi berenang Aishah.

"Islam itu mendorong kita memberikan keutamaan untuk menjaga kesihatan tubuh. Kesihatan ini termasuk fikiran, badan dan jiwa," katanya.

Umar bin Khattab, kata beliau, seperti diriwayatkan Thabrani, menyuruh anaknya berenang, menunggang kuda dan memanah. Ini bererti, berenang ini memberikan manfaat yang cukup besar bagi kesihatan tubuh.

Berenang, kata Aisha, merupakan sukan pelbagai fungsi yang melatih peningkatan aktiviti otak, kawalan berat badan, jantung sihat dan lain-lain. "Persoalannya, tidak mungkin aku mengenakan bikini. Lalu apa yang aku kenakan," tanya dia.

Soal ini, Aisha pening bukan kepalang. Akhirnya, dia cuba berenang dengan mengenakan abaya. Yang terjadi saat itu, dia tak boleh berenang, kerana abaya yang dikenakannya menyulitkannya.

"Alhamdulillah, saat itu mulai dikenal Burkini, pakaian renang yang menutupi seluruh tubuh kecuali wajah, tangan dan kaki," katanya.

Menurut Aisha, Burkini ini mengimbangi antara keperluan dan kewajiban seorang Muslimah. Setiap Muslimah memerlukan sukan bagi menjana kesihatan, namun dia juga wajib menjaga auratnya. Burkini menjadi jambatan itu.

"Tapi anda jangan salah, Burkini bukan milik Muslimah saja, kalangan non-Muslim boleh memakainya. Saya ingat, ada jiran saya yang non-Muslim menempah Burkini," katanya lagi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (55) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.