Berita Terkini

Ummu Aisyah, batalion perempuan dalam pasukan pejuang Syria

Ummu Aisyah, batalion perempuan dalam pasukan pejuang Syria
Ada yang berbeza dalam pertempuran antara tentera rejim Bashar Assad dengan pasukan Pejuang Syria di bandar Aleppo.

Di barisan depan pertempuran yang terjadi di Daerah Solah Ad Din, wilayah Aleppo, terdapat sekelompok pasukan Pejuang wanita Syria yang sedang dalam perang sniper dengan tentera rejim Syria. Kedua belah pihak saling melepaskan tembakan, dan menunggu kesalahan pihak lain dalam melakukan gerakan.

Inilah puak pejuang wanita Syria yang diberi nama 'Ummu Aisyah', pasukan ini berusia antara 20-45 tahun, mereka mempunyai skill bertempur yang sama dengan Pejuang Syria dari kaum Adam.

Pengasasnya adalah Ummu Umar, seorang wanita Siswazah Magister dibidang Sastera Inggeris. Di brigade wanita ini, banyak sekali lulusan perguruan tinggi seperti Magister Sastera Arab, graduan Strata 1 jurusan Farmasi, bahkan ada diantara mereka ibu rumah tangga dan pengantin wanita yang baru saja melaksanakan perkahwinannya.

Tidak ada syarat khusus untuk masuk dan bergabung dengan batalion ini, Ummu Umar mengatakan bahawa "komitmen terhadap syariat Islam dan gigih dalam belajar menjadi syarat mutlak untuk menyertai, nantinya mereka akan dibekalkan dengan latihan fizikal dan bela diri serta penggunaan senjata dalam medan pertempuran."

Para pejuang wanita ini, menggunakan seragam tentera yang telah diubahsuai sesuai dengan tuntunan Syariah, lengkap dengan penutup muka dan kepala. Mereka tidak kekok dalam menggunakan senjata yang biasa di pegang oleh kaum laki-laki. 

[Era Muslim / Aljazeera / Zhd]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (55) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.