Cara Hidup

Konspirasi

Dunia Islam

Kisah Nabi dan Sahabat

Kisah umat dahulu

Sains

» » Rafael Castro, Islam hargai waktu

Rafael Castro yang kelahiran Itali dibesarkan dalam lingkungan Katolik yang taat. Tapi, Castro jarang mengikuti pelayanan minggu. Ini kerana, dia telah mempunyai pilihannya sendiri.

"Bagaimana mungkin Tuhan telah memberikan saya sebuah keluarga yang telah mengajariku agama berdasarkan tradisi berbanding inspirasi dari iman yang tulus," kenangnya seperti dilaporkan oleh Onislam.net, Senin (21/10).

Memasuki sekolah menengah, soalan Ekstensial mulai mengganggunya. Dia perlahan mengakui keperluan komunikasi kepada Tuhan. "Tapi dimana saya mencari Tuhan," katanya.

Beruntung, soalan itu mulai terjawab. Castro mempunyai teman asal Indonesia yang meminjamkan salinan Al-Quran. Tetapi sayang, dia terlalu banyak dicuci otak filem-filem Hollwood dan maklumat negatif tentang Islam. Ini yang menghalangnya dari mendalami ajaran Islam.

Pada usia 18 tahun, Castro mula tertarik dengan agama Yahudi. Dia kagum kerana konsep monoteisme. Berbeza dengan kepercayaannya yang membingungkan. Minat itu dia implementasikan dengan mengikuti sekolah Rabi. Berjam-jam dia mempelajari ajaran Yahudi.

Semakin mendalami ajaran Yahudi, dia temui banyak persoalan. Pertama, ajaran Yahudi hanya dikhususkan untuk kalangan Israel saja. Agama ini bukan untuk bangsa lain. Dia pun merasakan perbedaaan kelakuan antara penganut Yahudi diluar bangsa Israel.

Keraguan terhadap Yahudi terjawab ketika dia menyaksikan filem Iran. Filem ini yang menghilangkan stereotif negatif tentang Islam dan Muslim. Satu kesimpulan didapatinya, Islam ternyata menawarkan pandangan dunia yang lebih menghormati martabat manusia dan pengorbanan diri.

"Islam melihat manusia itu sama, yang membezakan hanya tahap keimannya. Yang membuat saya takjub jelas kebersamaan dalam masjid," kenangnya

Hal lain yang membuat Castro kagum adalah keindahan dan kemuliaan Islam dalam menghargai masa. Sebelum Islam, banyak masa terbuang percuma. "Ketika saya menjadi Muslim, saya bangun pagi bagi melaksanakan solat Subuh. Melalui solat Subuh, Islam menawarkan satu peluang memotivasi diri, introspeksi dan rasa murah hati," kata beliau.

Dalam dua bulan, selepas Castro menjadi Muslim, dia semakin memahami Islam itu implementasi rasa serah diri manusia kepada pencipta-Nya. "Keputusan saya menjadi Muslim merupakan hal berharga dalam hidup saya," katanya.


«
Next
Catatan Terbaru
»
Previous
Catatan Lama


Artikel berkaitan:

Tiada ulasan:

Leave a Reply

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (8) Ajaib (22) Alam sekitar (10) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (48) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (112) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (2) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (24) Dunia Hiburan (127) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (346) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (52) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (26) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (91) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (35) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (57) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (191) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (59) Kristologi (47) Landskap (109) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (5) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (28) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (19) Perubatan Islam (5) Polis (9) Politik (130) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (101) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (5) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (42) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (241) Teknologi Nano (7) Teori konspirasi (162) Time lapse (39) Timur Tengah (175) Tumbuhan (36) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (291) Wallpaper Islamik (39) Yahudi (10) Zionis (20)