Berita Terkini

KBS penipu, konsert K-pop bernilai RM1.6 juta bukan tajaan

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) membelanjakan RM1.6 juta bagi membawa tiga kumpulan penyanyi K-pop ke Malaysia sempena sambutan Hari Belia Kebangsaan tahun lalu.

Laporan Ketua Audit Negara 2012 semalam mendedahkan penganjuran konsert itu datangnya daripada dana kerajaan meskipun KBS menafikan tahun lalu dengan mengatakan kos konsert itu ditanggung penaja.

Tiga kumpulan K-pop berkenaan adalah U-Kiss, Teen-Top dan Dal Shabet manakala persembahan mereka dibawakan oleh Stadium First Sdn Bhd.

Laporan audit itu turut mendedahkan KBS telah berbelanja melebihi had iaitu RM1.11 juta untuk promosi dan publisiti untuk acara tersebut.

Selain itu, KBS ditegur kerana membelanjakan RM48,300 untuk ‘lawatan kerja’ ke Institut Kemahiran Belia Negara di Jitra, Songkhla, Phuket dan Krabi di Thailand untuk 21 sekretariat Hari Belia Kebangsaan dan pegawai kanan kementerian.

KBS juga turut membelanjakan RM75,966 untuk promosi makan malam dan minum petang serta penginapan untuk wartawan.

Laporan itu juga mendapati perbelanjaan melampau termasuk bayaran RM50,000 kepada 50 penulis blog dan pengurusan syarikat serta jumlah amaun sama untuk promosi dan publisiti.

KBS juga didapati membayar RM7,500 kepada tiga penulis blog dalam bentuk elaun harian untuk liputan selama lima hari.

Tidak ketinggalan, perbelanjaan KBS sebanyak RM3.32 juta untuk satu juta kad keahlian Rakan Muda. – 2 Oktober, 2013.



p/s: Sila download sendiri LAPORAN AUDIT di bawah ini oleh Jabatan Audit Negara untuk melihat BUKTI yang sejelas jelas jelasnya ....... sila RIGHT CLICK dan pilih Save link as .. kemudian cari bahagian perbelanjaan Kementerian Belia dan Sukan.


Sedih, ramai pelajar yang menyambung PENGAJIAN ISLAM di Timur Tengah (termasuk 2 orang sepupu saya sendiri) TIDAK MENDAPAT DANA dari kerajaan.  Tetapi Kerajaan sewenang-wenang nya membayar DANA kepada artis-artis K-Pop dari Korea dengan jumlah 1.6 juta, ih ih ih ih ih .......

Kenapa kerajaan TIDAK BERMINAT untuk memberikan DANAnya kepada pelajar-pelajar yang mengikuti Pengajian Islam?  Kerana sudah tentu, HAMPIR SEMUA pelajar tersebut akan pulang menjadi PEMBANGKANG ....... Kerajaan TAKUT kepada KEBENARAN, tetapi TRUTH WILL PREVAILS .......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (58) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.