Khamis, 29 Ogos 2013

Orang yang mahu amalkan sunnah jangan diperlekeh

Sudah tentu anda biasa mendengar, seseorang yang sebelumnya tidak pernah memakai kopiah dalam keadaan biasa, tetapi mula mahu memakai kopiah sentiasa kerana mengikut sunnah, akan diejek-ejek atau diperli. "Wah , nak jadi ustaz ke sekarang?"  "Macam lah dia tu baik sangat!."   Dan sebagainya kata-kata perli yang mungkin dilontarkan terhadap orang yang mahu berubah ke arah kebaikan.

Begitu juga jika seseorang mula mahu memakai jubah kerana mahu mengikut sunnah, mungkin akan dikatakan nak jadi tok syeikh, tok lebai, tok imam, ustaz dan sebagainya.

Sedangkan , tak semestinya kita mesti jadi seorang ustaz atau tok imam untuk memakai jubah. Dan tak semestinya orang yang memakai jubah itu langsung tidak ada dosa, kerana kita tahu kita ini bukan maksum. Tapi yang penting, sekurang-kurangnya jika berniat untuk mengikut sunnah, maka satu pahala sudah dapat. Apa lagi kita ini yang sudah kurang pahala, kenapa jika ada orang mahu pakai jubah untuk mendapatkan sedikit tambahan pahala kita perlu perli dan ejek?

Begitu juga orang yang mahu mengamalkan perkara sunnah, tak perlu lah kita takut untuk memakai jubah, kopiah, serban, cincin, rida', tongkat dan sebagainya pakaian-pakaian sunnah walaupun kita sendiri bukannya baik sangat atau tidak lah alim atau wara' mana. Pakai saja lah kerana sekurang-kurangnya bertambah juga pahala kita yang sudah sedia kurang ini. Jika perkara-perkara yang mudah untuk dilakukan begini tidak dilakukan, rugi juga tu.

"Sesungguhnya orang-orang yang derhaka, mereka selalu tertawakan orang-orang yang beriman."  [Surah Al-Muthaffifin : Ayat 29]

Sedangkan orang-orang beriman hanya akan mentertawakan orang-orang kafir di Hari Kiamat kelak.  

"Maka pada hari ini (Hari Kiamat), orang-orang yang beriman pula tertawakan orang yang kafir itu."  [Surah Al-Muthaffifin : Ayat 34]

Kenapa kita perlu takut atau malu ditertawakan?

Sekurang-kurangnya, dengan memakai pakaian-pakaian sunnah, selain dari mendapat pahala, dapat juga memotivasikan diri agar sentiasa ingat pada Allah dan berzikir padaNya sama ada zikir lisan ataupun zikir hati.

Saya kasihan dengan generasi baru sekarang, hingga ada orang yang tak faham sampai ada yang mengatakan lelaki pakai jubah itu seperti perempuan, masyaAllah :)  Mungkin tidak pernah diberitahu oleh ibu-bapa mereka, dan mungkin ibu-bapa mereka sendiri pun tidak tahu dan tidak amalkan sunnah-sunnah nabi, na'udzubillahi min dzaalik.

Sama lah kesnya bab rambut lelaki yang panjang. Sila baca Lelaki rambut panjang, wanita rambut panjang. Rambut panjang paras bahu yang asalnya adalah sunnah dan rambut para nabi, tetapi setelah berlakunya penjajahan-penjajahan oleh barat, maka mereka ajarkan rambut pendek itu moden dan berdisiplin.

Kalau dulu bab lelaki rambut panjang yang menjadi masalah, sekarang ini bab janggut pun mungkin akan menjadi masalah. Tetapi mungkin tidak lagi berlaku di negara kita, tetapi di Mesir sudah pun terjadi. Sila baca Kini lelaki Muslim Mesir berjanggut tidak merasa bebas kerana dicurigai

Dan tidak dilupa, pemakaian Islamik wanita yang dipraktikkan oleh isteri-isteri nabi dan sahabat juga pernah dan masih lagi di sesetengah tempat dilabelkan sebagai pengganas dan orang yang dicurigai, iaitu orang yang memakai Purdah / Burka.

Telah banyak perkara dan amalan yang sebenarnya baik dan digalakkan dalam Islam, tetapi telah dimanipulasi, diputar-belit dan diprogandakan oleh barat (golongan penjajah) agar kelihatan buruk dan tidak menyenangkan.  Kononnya hanya mereka (penjajah) yang membawa kemodenan dan disiplin.  Mereka merasakan ideologi dan cara mereka yang betul, maka mereka akan cuba cari sedaya upaya apa-apa yang boleh mereka gambarkan salah tentang Islam.

Usahkan ajaran-ajaran dalam Islam, sedangkan Nabi Muhammad S.a.w sebaik-baik manusia pun dapat mereka gambarkan sebagai manusia yang buruk. Begitu takutnya mereka pada Agama Islam, hingga sanggup menipu, memutar-belit, membuat propaganda dan melakukan apa saja. Ih ih ih ih ih ....... 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.