Khamis, 29 Ogos 2013

Jabatan Polis New York labelkan masjid sebagai organisasi pengganas

Jabatan Polis New York (NYPD) secara diam-diam telah melabelkan Masjid sebagai organisasi 'keganasan', sebutan yang membolehkan polis menggunakan pemberi maklumat untuk merakam khutbah dan mengintip imam.

Jabatan Polis New York labelkan masjid sebagai organisasi pengganas

Sejak peristiwa 911, NYPD telah membuka puluhan penyelidikan 'terorisma / keganasan' di masjid-masjid, menurut wawancara dan dokumen rahsia polis. TEI, merupakan peralatan polis yang dimaksudkan untuk membantu menyiasat sel-sel "pengganas" dan seumpamanya, lapor Al Arabiya.

Menuding sebuah Masjid sebagai sebuah "organisasi pengganas" bermaksud bahawa siapa pun yang menghadiri solat berjemaah dan kegiatan keagamaan lainnya boleh menjadi subjek yang berpotensi dalam permainan penyelidikan dan pengawasan oleh NYPD.

Penyelidikan terus berlangsung selama belasan tahun, walaupun NYPD tidak pernah mencari dan menjatuhkan tuduhan jenayah terhadap sebuah Masjid atau organisasi Islam yang mereka selidiki.

Dokumen menunjukkan secara terperinci bagaimana-dalam memburu "pengganas"-NYPD menyiasat Muslim New York tak bersalah dan meletakkan maklumat mengenai mereka dalam dokumen rahsia polis.

Strategi ini membolehkan NYPD menghantar petugas yang menyamar ke dalam Masjid dan berusaha mendapatkan maklumat sebanyak mungkin.

Sebelumnya, Kesatuan Kebebasan Sivil Amerika dan dua kumpulan lain telah melayangkan tuntutan, berkata program mengintip Muslim adalah tindakan tidak berperlembagaan dan membuat umat Islam takut untuk mengamalkan apa yang mereka imani.

[Hanin Mazaya @ arrahmah.com]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.