Berita Terkini

Kenapa kita perlu takut atau malu ditertawakan?

Masih ramai lagi manusia yang takut ditertawakan apabila dia ingin membuat suatu kenyataan atau mengutarakan suatu fakta. Dan tak kurang juga yang suka nasihatkan orang lain agar nanti jangan ditertawakan oleh orang-orang asing dan seumpamanya.

Kenapa kita perlu takut akan ditertawakan oleh orang lain jika kita mahu menyatakan suatu yang kita rasa benar? Apatah lagi suatu perkara yang langsung tidak menyalahi syariat agama. Sepatutnya kita lebih takutkan kemurkaan Allah dari ditertawakan orang.

Tidak kenal kah kita sifat atau perangai manusia yang suka mentertawakan orang lain ini perangai siapa?  Adakah para nabi datang berdakwah kepada manusia dengan mentertawakan orang lain?  Adakah para sahabat nabi juga suka mentertawakan orang lain?  Bukankah perangai suka mentertawakan orang lain itu selalunya adalah perangai orang-orang kafir dan orang-orang zalim?

"Sesungguhnya orang-orang yang derhaka, mereka selalu tertawakan orang-orang yang beriman."  [Surah Al-Muthaffifin : Ayat 29]

Sedangkan orang-orang beriman hanya akan mentertawakan orang-orang kafir di Hari Kiamat kelak.  

"Maka pada hari ini (Hari Kiamat), orang-orang yang beriman pula tertawakan orang yang kafir itu."  [Surah Al-Muthaffifin : Ayat 34]

Maka mengapa kita perlu takut, malu, segan, risau jika suatu yang kita perkatakan itu mungkin akan ditertawakan orang lain jika apa yang kita sebut itu tidak salah?  Dan walaupun kita tersalah atau tersilap kata sekali pun, kenapa kita perlu takut atau malu kepada manusia yang suka mentertawakan orang lain?  Perangai mereka pun sudah TIDAK BETUL dan BIADAP iaitu suka mentertawakan orang lain, mengapa kita perlu malu pula pada mereka?

Hanya ego dalam diri kita sendiri sebenarnya yang TIDAK SUKA orang lain mentertawakan kita. Mungkin kerana kita akan rasa jatuh standard, hilang air muka, merasa tidak dihormati dan seumpamanya.

Bukannya kita mati pun kalau ada orang tertawakan kita. Bukannya rugi apa pun. Malah mungkin kita dapat pahala pula jika mereka tertawakan kita sedangkan kita tidak salah. Bahkan mungkin pahala mereka pula yang kita dapat, tak ke bagus tu sebenarnya? :D

Jika kita buat silap sekali pun, orang lain yang beriman, berakhlak dan berilmu tidak akan MENTERTAWAKAN kita sedemikian rupa. Malah mereka mungkin cuba menegur kita dengan baik dan bijaksana. Tidak seperti orang yang tidak berakhlak yang kerjanya selalu mentertawakan orang lain dan hanya nampak salah orang lain saja.

Lain lah jika tertawa itu sebagai gurauan antara mereka yang sudah kenal mengenali. Yang mana ianya bukan bermaksud untuk mengejek dan menghina orang lain.

Lebih-lebih lagi Nabi Muhammad S.a.w sudah pesan, “Tidak beriman seorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri.”  [Hadith Riwayat Bukhari]

“Orang mukmin itu dalam kasih sayang dan kemesraan serta simpati sesama mereka bagaikan sebatang tubuh. Jika mana-mana anggota tubuh mengalami kesakitan, maka seluruh tubuh akan merasainya.” [Hadith Riwayat Bukhari]

Bagaimana pula dengan kita. Suka mentertawakan orang lain? Suka tengok orang lain susah dan sakit? Tidak suka tengok orang lain senang?  Mahu dakwah orang lain kerana sayang ke kerana benci?

Semoga kita sama-sama dapat muhasabah diri. Pedulikan saja orang nak tertawakan kita, asalkan kita tidak lakukan suatu yang Allah murka, dan semoga kita dapat jauhkan diri dari berperangai suka mentertawakan orang lain, na'uzubillah.  :)


p/s:  Ya Allah, jauhkan lah kami dari berdosa dengan manusia dan makhluk lain, kerana kami bimbang dosa kami itu tidak akan dimaafkan oleh mereka .......  Ampunkan lah segala dosa kami, dan lembutkan lah hati manusia lain untuk memaafkan kesalahan-kesalahan kami pada mereka ....... amiin



Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.