Berita Terkini

Muslim Kanada kempen Islam melalui papan iklan

Jika Muslim AS mengempen Islam damai melalui sepanduk pada bas-bas bandar, Muslim Kanada melakukan hal sama dengan memanfaatkan billboard (papan iklan).

Mesej keamanan dan toleransi beragama ditunjukkan di atas papan jalanan umum tersebut. Sebuah papan iklan mengandungi sosialisasi Islam damai nampak di sudut jalan Mavir Rd dan Englinton Ave W di Bandar Mississauga, Ontario, Kanada.

Sosialisasi tersebut nampak di jalan itu sejak pertengahan Jun. 'By Nature Every Human Wants to Live in Peace and Islam Means Peace', demikian bunyi pesan pada papan iklan tersebut.

Gagasan papan iklan tersebut datang dari Arrahman Arraheem Network, sebuah organisasi yang bergerak dalam promosi pesan perdamaian Islam dan harmoni antara umat beragama.

Selain kempen papan iklan, organisasi yang berpusat di Pakistan tersebut juga membuat filem dokumentari dan menggelar kegiatan keislaman.

Salah seorang sukarelawan organisasi Irfan Sheryar menuturkan, sosialisasi melalui papan iklan sangat berkesan untuk menyampaikan mesej damai Islam.

Pihaknya memasang papan iklan tersebut sejak awal Ramadhan, 10 Julai. "Menyebarkan keamanan dan toleransi merupakan mesej utama. Selain itu, cara ini juga untuk mengatasi salah faham agama," ujarnya.

Menurut Sheryar, masyarakat masih memandang negatif Islam dengan menudingnya sebagai agama kekerasan. Media pun banyak yang menyudutkan Muslim sebagai pelaku keganasan.

Salah faham tentang Islam inilah yang ingin diselesaikan Sheryar dan kawan-kawan. "Muslimin selalu dikaitkan dengan keganasan. Kami fikir, ini (billboard) merupakan cara terbaik yang boleh menjangkau masyarakat dan menjelaskan Islam dengan makna yang sebenarnya, "jelasnya.

Muslimin mengambil bahagian 1.9 peratus daripada jumlah penduduk Kanada sebanyak 32.8 juta jiwa. Jumlah Muslimin terus meningkat setiap tahun. Dalam satu dekad yang lalu, Muslim Kanada bahkan meningkat sebanyak 82 peratus.

Dalam sebuah kajian juga dinyatakan Muslimin bangga menjadi penduduk Kanada dan bahagia tinggal di negara berlambang daun maple tersebut.



Pernah juga dulu beberapa tempat di Amerika Syarikat melakukan kempen menggunakan billboard.

Kempen Islam di New Mexico


Kempen Islam di Orlando


Kempen Islam di Kansas

Dan banyak lagi tempat yang mempamerkan iklan-iklan sedemikian rupa, menunjukkan betapa komitmen dan bersungguhnya mereka berdakwah ke jalan Allah.

Dan juga seperti biasalah, wujud golongan yang tidak suka dengan kempen-kempen sedemikian. Mereka kemudiannya cuba memutar-belit fakta dengan menampilkan ayat-ayat AlQuran yang menyebutkan tentang perang, Yahudi dan Nasrani dan seumpamanya dengan fahaman yang salah dan keliru.


p/s: Sebaik-baiknya pihak-pihak berwajib kita melakukan juga sedemikian, dengan meletakkan sebanyak-banyak mungkin mesej-mesej peringatan dan info-info Islamik di jalanan, kerana manusia ini PELUPA dan perlu sentiasa DIPERINGATKAN .......

Yang sentiasa lalai dengan dunia sekurang-kurangnya dapat diperingatkan dengan melihat mesej-mesej umum itu, yang kukuh imannya dapat mengukuh dan menguatkan lagi iman. Ini kerana "Al imaanu yazid wa yanqus" (iman itu bertambah dan berkurang).

Alangkah indahnya jika banyak gambar dan iklan di luar sana yang dapat mengingatkan kita pada Allah dan hidup beragama dengan baik. Jalan sikit tengok kata-kata nasihat. Jalan sikit tengok ayat AlQuran dan Hadits. Jalan sikit tengok gambar-gambar Muslim dan Muslimah yang berpakaian menutup aurat dengan betul, dan sebagainya, masyaAllah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (58) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.