Berita Terkini

Jumlah Mualaf dari etnik Latin meningkat pesat di AS

Dari sekian banyak etnik yang tinggal di Amerika Syarikat, Latin atau Hispanic menunjukkan minat yang mendalam pada agama Islam. Dalam satu dekad, jumlah etnik Latin yang memeluk Islam meningkat dua kali ganda.

World Magazine memberitahu, komuniti mualaf terbesar didominasi oleh etnik Afrika-Amerika, yakni sebesar 64 peratus. Walaupun demikian, angka peningkatan mualaf justeru terjadi pada etnik Latin. Menurut majalah Kristian tersebut, etnik yang mengambil 17 peratus demografi Amerika itu mula menunjukkan minat pada Islam sejak tahun 2000.

Di tahun 2000, kira-kira 6 peratus daripada jumlah mualaf beretnik Latin. Namun kemudian di tahun 2010 angka telah meningkat dua kali ganda. Pun berdasarkan kajian masjid AS tahun 2011. Disebutkan bahawa Latin mengambil bahagian 12 peratus daripada jumlah mualaf AS. Menurut American Muslim Council, pada tahun 2006 jumlah muslim Hispanik dianggarkan telah mencapai kira-kira 200 ribu.

Menurut Imam masjid di Manhattan, Shamsi Ali, sebahagian besar mualaf Latin berasal dari kalangan yang berpendidikan, profesional dan wanita. Dia juga menuturkan, peningkatan angka mualaf Hispanik terjadi sejak insiden 9/11. Bom keganasan yang menyudutkan Islam justeru membuat warga etnik Latin tertarik pada Islam. "Meskipun tragedi 9/11 menyebabkan diskriminasi pada muslim, namun ramai non-muslim yang sebelumnya tak pernah mengenali Islam justeru bertanya-tanya tentang makna Islam," ujarnya dipetik dari laman Patheos.

Ketua Umum Pengajian Islam di American University, Washington DC, Ahmad Akhar menuturkan, minat warga Latin pada Islam kerana pencarian kerohanian. Sifat monoteisme dan sistem keimanan yang berstruktur pada Islam lah yang menarik hati mereka hingga mendapat hidayah. Selain itu, beberapa tahun terakhir, banyak literatur Islam yang diterjemahkan ke dalam bahasa Sepanyol. Alhasil, mereka boleh dengan mudah mengakses sumber-sumber keislaman.

"Dengan memeluk Islam, beberapa warga Latin merasa seolah-olah dihubungkan pada akar Sepanyol mereka yang tertanam sejak 800 tahun lalu dalam sejarah Islam di Sepanyol Tenggara seperti Granada, Cordova, Seville dan Andalusia," tuturnya.

Menurut Ahli Antropologi Pendidikan Islam di Universiti Columbia, Louis Cristillo, trend pertumbuhan warga Latin AS yang memeluk Islam dapat dilihat dengan banyaknya organisasi tempatan dan nasional yang dibentuk untuk membantu para mualaf Latin. Mereka bergerak di dunia maya dan banyak membantu etnik Latin mengenal Islam. Bahkan tak hanya itu, muslim Latin di AS walaupun mempunyai acara tahunan "Hispanic Muslim Day".

AS menjadi rumah bagi 2.5 juta muslimin. Angka muslimin AS terus meningkat sejak tragedi 9/11. Menurut bancian agama oleh Persatuan Statistik daripada Badan Keagamaan Amerika tahun lalu, jumlah muslimin meningkat dua kali ganda selama satu dekad. Tahun 2010 lalu, muslimin AS hanya berjumlah kira-kira satu juta orang. Peningkatan tersebut diakibatkan dengan banyaknya mualaf disertai dengan adanya migrasi.

[Diterjemah dari Republika Online]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (54) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (334) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.