Berita Terkini

Ahli-ahli arkeologi USM jumpa alat memotong prasejarah di Pakistan

Sekumpulan pakar arkeologi Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menemui sejenis beliung batu (alat pemotong) yang dipercayai digunakan ketika zaman prasejarah di Ghandara, Pakistan.

Alatan berusia antara 15,000 atau 20,000 tahun itu ditemui ketika kumpulan penyelidik itu menjalankan kerja-kerja pemetaan geofizik untuk mengkaji kewujudan tamaduan Ghandara.

Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG) USM, Prof Dr Mokhtar Saidin berkata penemuan artifak berkenaan penting dalam membantu menyediakan data awal bagi mengkaji bukti kewujudan tamadun di kawasan itu.

Katanya, di daerah Gandhara di sempadan Afganistan-China itu dipercayai pernah wujud tamadun manusia berusia kira-kira 2,000 tahun.

"Alat batu beliung dan serpihan peralatan tangan itu dijumpai ketika kajian fasa pertama iaitu proses pemetaan geofizik dijalankan bagi menilai potensi sejarah tapak berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kerja-kerja penyelidikan Tamadun Gandhara itu dikendalikan bersama University Of Peshawar (UoP) dari 4 Jun hingga 2 Julai lepas.

Mokhtar berkata hasil pemetaan geofizik di beberapa kawasan seperti biara, gua dan takungan air di kawasan pergunungan menemui kesan senibina kuno dan kewujudan sistem bekalan air masyarakat pada zaman itu.

"Dengan penemuan itu, UoP memberi kepercayaan kepada kita untuk meneruskan kajian melibatkan jarak sejauh lima kilometer persegi dalam kawasan kajian yang dipanggil Kashmir Smast berkenaan," katanya.

Katanya, menerusi kerja-kerja penyelidikan itu, USM secara langsung telah diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk membongkar kewujudan tamadun di sebelah utara Pakistan selepas Tamadun Mohenjo Darro dan Harappa yang muncul di bahagian selatan negara itu.

Mokhtar berkata kerja ekskavasi akan dijalankan secara berperingkat bagi melengkapkan interpretasi penemuan tinggalan sejarah dan urutan kebudayaan yang pernah wujud di tapak itu.

Katanya kepakaran USM dalam bidang itu memungkinkan penemuan lebih banyak kompleks seperti struktur pasar, dewan selain dapat mengetahui fungsi serta hubungan setiap tapak yang diterokai.



Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (55) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.