Jackson Memorial Hospital telah mengeluarkan gambar baru Ronald Poppo, mangsa serangan zombi di Miami, Florida, Amerika Syarikat.
Hampir setahun yang lalu, lelaki tidak berumah Ronald Poppo, 65, dengan kejam diserang oleh Rudy Eugene, 31, di MacArthur Causeway di Miami. Rakaman video ada menunjukkan Eugene yang hampir telanjang mengunyah muka Poppo, merobek daging dan mencungkil matanya.
Eugene telah ditembak dan dibunuh oleh pihak polis. Poppo telah buta, mukanya cacat teruk. Dia masih menerima rawatan hari ini dari Florida’s Jackson Health System, yang menerbitkan sebuah album gambar baru Poppo pada Selasa.
Rupa asal Ronald Poppo
Sumber - BuzzFeed
Kesian. Semoga Ronald Poppo akan mendapat yang terbaik dalam hidupnya dan seterusnya dan seterusnya ....... Semoga Allah mengasihani beliau.