Jika sekiranya video ini tidak mendedahkan bahawa filem-filem di dalamnya dirakamkan dengan berlatarbelakangkan skrin hijau, anda mungkin tak perasan bahawa ia sememangnya dibikin sedemikan :D.
Teknik menggunakan skrin hijau (green screen) ini dipanggil Chroma key compositing atau chroma keying. Ia adalah kesan khas (special effects) / teknik pasca-pengeluaran khas untuk penggubahan (lapisan) dua imej atau strim video (video streams) bersama-sama berdasarkan corak warna (pelbagai kroma).
Teknik ini telah digunakan sepenuhnya dalam pelbagai bidang untuk membuang latar belakang dari subjek gambar atau video - terutamanya newscasting, wayang gambar dan industri permainan video.
Oleh itu, jangan cepat percaya kepada mata anda apabila melihat video-video yang disiarkan, kerana belum tentu ianya adalah benar. Sedangkan video yang jelas dan berkualiti pun masih boleh diedit dan dimanipulasikan, apatah lagi video yang kurang kualiti dan kabur, lagi lah mudah kerana makin orang tak akan perasan kerana tak jelas (clear).
Zaman sekarang ini, kalau ada duit macam-macam perkara boleh dibuat, terutamanya untuk memburukkan imej dan menjatuhkan kedudukan orang lain. Kalau zaman dulu, hanya kaedah menggunakan bomoh yang biasa digunakan kerana tiada alternatif lain (zaman sekarang pun masih ramai yang menggunakan khidmat bomoh), na'uzubillah.