Cara Hidup

Konspirasi

Dunia Islam

Kisah Nabi dan Sahabat

Kisah umat dahulu

Sains

Foto

Pautan Luar

» » Sham Kamikaze mahu terus berdakwah walaupun dikutuk

Foto kredit: Berita Harian
Sham Kamikaze
KANGAR: “Saya rela dikutuk rakan dan orang ramai, namun aktiviti berdakwah akan terus dijalankan kerana itu yang saya mahu lakukan sekarang ini,” kata Shamril Mohd Salleh, 36, atau dikenali Sham Kamikaze yang sedia maklum ada pihak memandang serong ke atasnya.

Katanya, walaupun setiap masa ada saja cemuhan dilemparkan, dia menganggap ia sebagai satu cabaran yang menguatkan usahanya itu.

Menurutnya, perubahan dilakukannya mungkin tidak boleh diterima sesetengah pihak, namun ia secara langsung memberi gambaran bahawa mereka peka kepada perubahannya itu.

“Sehingga hari ini, belum ada yang tampil menyatakan rasa tidak gemar atau mencemuh saya secara berdepan, namun perkara itu saya tahu daripada rakan serta medium lain.

“Saya tidak memandangnya sebagai sesuatu yang serius, namun sedikit sebanyak menguatkan diri saya bagi menghadapi semua ini,” katanya selepas ditemui pada Forum Dakwah Era Siber anjuran Pejabat Mufti Perlis, di sini, semalam.

Menurutnya, selepas lebih setahun berubah, dia kini lebih tenang dan memenuhi masa hariannya dengan jemputan berceramah.

Sham berkata, dia yang sebelum ini tidak begitu rapat dengan artis lain, kini lebih mudah didekati, malah semakin rapat dengan kebanyakan artis lain termasuk mereka yang sudah berubah seperti Wardina Saffiyah Fadlullah Wilmot, 32, atau Wardina.

“Saya hanya berkongsi pengalaman dan menceritakan apa yang saya pelajari dan tidak berasa kekok kerana saya bukan ustaz agama, mereka mereka tidak mengharapkan saya menjawab semua soalan diajukan,” katanya.



Biarkan mereka mengutuk wahai Sham. Manusia yang jahil, busuk hati dan penuh hasad dengki ni melambak kat atas dunia ni. Sedangkan nabi dan sahabat berdakwah dulu pun dikutuk dan dihina. Para nabi sebelumnya pun menghadapi ujian sebegini. Begitu juga dengan ulama-ulama Salaf dan Khalaf.

Ada yang faham hadits-hadits nabi secara betul bendul dan terus buat keputusan sendiri, tanpa mahu mempelajari kaedah-kaedah Ushul Fiqh, Musthalah Hadits dan sebagainya. Orang suruh belajar tak mahu belajar, lepas tu mula lah ghuluw (berlebihan) dalam beragama. 

Yang penting niat kita ikhlas untuk membantu agama Allah. Ini KEWAJIPAN seorang Muslim yang ramai tidak laksanakan dan masing-masing hanya pentingkan ISI PERUT masing-masing saja! 

Jika kita ada silap pun adalah perkara biasa, kerana semua manusia ada dosa kecuali nabi. Semua orang akan MATI nanti. Biarkan mereka dengan dunia kutukan dan cacian mereka. Masuk kubur nanti baru lah sedar .......

Teruskan perjuangan ya akhi! Allahu akbar .. 

«
Next
Catatan Terbaru
»
Previous
Catatan Lama


Artikel berkaitan:

Tiada ulasan:

Leave a Reply

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Alam sekitar (10) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (48) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (112) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (2) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (24) Dunia Hiburan (127) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (346) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (52) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (26) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (91) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (35) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (57) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (191) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (59) Kristologi (47) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (5) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (28) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (19) Perubatan Islam (5) Polis (9) Politik (130) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (101) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (5) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (42) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (241) Teknologi Nano (7) Teori konspirasi (163) Time lapse (39) Timur Tengah (175) Tumbuhan (36) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (291) Wallpaper Islamik (39) Yahudi (10) Zionis (20)