Berita Terkini

Mark Zuckerberg tolak SOPA dan PIPA melalui status Facebook

Mark Zuckerberg tolak SOPA dan PIPA melalui status Facebook
Pengasas Facebook iaitu Mark Zuckerberg menyatakan penolakannya terhadap rancangan undang-undang di AS yang menetapkan tentang rampasan talian atau Stop Online Piracy Act dan Protect Intellectual Property Act (SOPA dan PIPA). Penolakan tersebut ditulis Zuckerberg dalam status di akaun rangkaian sosial miliknya itu.

"Internet merupakan alat yang kita punya untuk mencipta dunia yang semakin terbuka dan saling berhubung. Kita tidak boleh berfikir sempit menetapkan perkembangan internet. Facebook menolak SOPA dan PIPA dan kami akan terus menolak segala peraturan-peraturan yang mencederakan internet," demikian tulis Zuckerberg.

Beliau berkata, dunia ketika ini memerlukan pemimpin yang pro terhadap internet. Menurutnya, bersama sejumlah pihak, Facebook telah berusaha mencari alternatif penyelesaian yang lebih baik untuk melawan proposal tersebut.

"Saya menggalakkan anda untuk belajar lebih banyak mengenai isu tersebut dan mendesak ahli kongres agar pro internet," tegas Zuckerberg. Sikap rasmi Facebook mengenai penolakan tersebut secara lengkap boleh dibaca di link berikut https://www.facebook.com/FacebookDC?sk=app_329139750453932.

Link yang diberikan Mark menuju ke laman Facebook milik pejabat Facebook di Washington DC. Jika dilihat bahagian kiri di bawah foto profil, akan kelihatan dua logo Facebook bertulis Anti-Piracy Bills dan Facebook DC Talks Live. Link yang diberikan Mark di status Facebooknya adalah link yang menuju tulisan Anti Piracy Bills. Pernyataan sikap Facebook itu boleh di-like. Hal ini dilakukan Facebook, untuk menjaring sokongan atas sikap penolakan mereka.

Laman Facebook milik pejabat Facebook di Washington DC ini kini didominasi dengan pembahasan mengenai sikap Facebook terhadap RUU SOPA. Facebook menyediakan perbincangan terbuka tentang hal ini, juga mencatat video hasil perbincangan dengan kalangan media di Amerika Syarikat.

Sebelumnya, syarikat-syarikat teknologi di Amerika Syarikat bersama-sama melakukan aksi menolak SOPA dan PIPA. Tarikh 18 Januari 2012, sebanyak 10 website kompak tutup bersama selama 24 jam. Wikipedia menutup perkhidmatan berbahasa Inggerisnya selama 24 jam, dan Google menyindir kongres AS dengan menuliskan sindirannya di bawah enjin carian. Aksi Google dan Wikipedia langsung jadi trending topic Twitter.

[Kompas.com]


Laman-laman seperti Facebook, Twitter, Myspace, Friendster, Wikipedia, Youtube dan banyak lagi mungkin ditutup atau ditapis banyak perkara jika undang-undang SOPA dan PIPA itu berkuat-kuasa.

Saya yakin, ramai pihak yang menentang dan tidak bersetuju dengan rancangan itu. Tetapi sebenarnya ada kebaikan juga, kerana maklumat tanpa batasan lebih banyak memberikan kerosakan kepada akhlak, perilaku dan peribadi manusia dari kebaikan. Wallahu a'lam :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.