Berita Terkini

Mahu masuk syurga sedangkan belum diuji?

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Jika ditanya pada manusia, adakah kamu mahu masuk syurga atau masuk neraka? Rasanya tidak ada orang yang akan kata mahu masuk neraka. Melainkan dia sendiri tidak faham dan mengetahui hakikat neraka itu.

Biasanya, orang yang normal akan jawab, "saya mahu masuk syurga." Betul kan?

Akan tetapi sedarkah kita bahawa Allah S.w.t sudah berfirman yang mafhumnya, "Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk ke dalam syurga sedangkan belum datang kepada kamu (ujian) sebagaimana orang-orang terdahulu daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kemelaratan, kesengsaraan dan kegoncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih: "Bilakah datangnya pertolongan Allah? Sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat." (Surah Al-Baqarah : Ayat 214)

Di dalam hadits juga ada menyebut, dari Khabbab bin Al-'Art, dia menceritakan, kami bertanya; "Ya Rasulullah, mengapa engkau tidak memohon pertolongan untuk kami? Mengapa engkau tidak mendoakan untuk kami?"

Lantaran itu, Nabi dengan muka merah terus duduk untuk menenangkan perasaan marah lalu bersabda, "Sesungguhnya orang-orang sebelum kamu telah disisir dengan sikat besi sehingga menggelupas daging dari tulang dan dibelah dua badannya dengan gergaji, tetapi hal itu tidak memalingkan mereka dari agamanya. Demi Allah, Dia akan memberikan kemenangan kepada agama ini, sehingga orang yang berjalan dari Sana‘a ke Hadhral Maut tidak takut melainkan Allah, dan juga pengembala tidak bimbang dengan jagaan kambing-kambingnya terhadap ancaman serigala, tetapi kamu minta disegerakan!" (Hadits riwayat Bukhari).

Sedangkan para nabi kekasih Allah, para sahabat dan ulama-ulama besar dulu-kala pun diuji dengan ujian-ujian berat, sedangkan mereka mempunyai ilmu agama yang tinggi, beramal soleh dan ibadat mereka tiada tandingan di zaman sekarang, tetapi mereka tetap diuji dengan ujian-ujian yang berat.

Baca dan hayatilah kisah-kisah perjuangan dan dakwah Nabi Muhammad S.a.w dan para sahabat, peperangan dalam Islam, perjuangan dan dakwah para ulama seperti Imam 4 mazhab iaitu Imam Abu Hanifah, Imam Malik bin Anas, Imam As-Syafi'e dan Imam Ahmad bin Hanbal, dan sebagainya lagi. Jika kita menyelami kisah mereka, maka akan kita faham lah jerih perih perjuangan mereka dalam menegakkan kebenaran di muka bumi milik Allah ini, masyaAllah.

Maka tanya lah diri kita, apakah kita yang kadang-kala atau apa lagi yang jauh dari Allah, yang ibadatnya hanya secubit, yang ilmunya tidak tinggi (kerana malas belajar) TIDAK AKAN diuji dengan lebih teruk lagi? Sepatutnya kita akan lebih teruk diuji dari para nabi, sahabat dan ulama-ulama besar itu. Akan tetapi Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Dia tidak akan menguji hamba-hambaNya melainkan sekadar kemampuan yang disanggupi oleh hamba itu, dan ujian pula bergantung kepada tahap agamanya.

"Ujian yang paling berat adalah bagi para nabi, kemudian berikutnya dan berikutnya, seseorang diuji (oleh Allah) sesuai dengan kadar agamanya. Maka tidaklah musibah menimpa seseorang sehingga dia berjalan di atas bumi dan tidak ada dosa padanya." (Hadith riwayat Bukhari)

Walaupun begitu, jika kita merasa selesa dan mewah di atas dunia ini, jangan ingat ianya akan berkekalan, kerana nasib kita di dalam kubur, di Mahsyar, di alam Akhirat masih belum tentu. Masih banyak lagi perjalanan yang mesti kita tempuhi. Fikirkan lah, layak kah kita yang sekelumit ibadat, sekelumit ilmu, sekelumit iman dan sebagainya ini untuk bersama-sama dengan para nabi, sahabat dan ulama-ulama besar di dalam syurga nanti?

Jika kita sudah merasakan tidak layak, maka sudi kah lagi kita untuk menambah dosa dengan membuat pelbagai maksiat, menghabiskan banyak masa dengan sia-sia, malas menuntut ilmu fardhu ain, rela menjadi jahil agama, dan langsung tidak mahu berusaha untuk menjadi seorang hamba Allah yang soleh dan berilmu?

"Allah akan meninggikan orang yang beriman antara kamu dan orang yang diberikan ilmu pengetahuan beberapa darjat." (Surah Al-Mujadalah : ayat 11)

"Katakanlah, adakah sama orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya mereka yang mendapat peringatan dan petunjuk hanyalah di kalangan hambanya yang berilmu dan bijaksana." (Surah al-Zumar, ayat 9)

Akan tetapi, tujuan mencari ilmu juga mesti ikhlas kerana Allah dan mencari keredhaanNya. Kerana jika tidak ikhlas dan berniat kerana dunia, maka takutilah dengan ancaman di dalam hadits di bawah ini.

عَنْ كَعْبِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ يَقُولُ: مَنْ طَلَبَ الْعِلْمَ لِيُجَارِيَ بِهِ الْعُلَمَاءَ
 أَوْ لِيُمَارِيَ بِهِ السُّفَهَاءَ أَوْ يَصْرِفَ بِهِ وُجُوهَ النَّاسِ إِلَيْهِ أَدْخَلَهُ اللَّهُ النَّارَ

Dari Ka’b bin Malik R.A., katanya: Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:  "Sesiapa yang menuntut ilmu (agama) untuk menyaingi ulama, atau berbahas dengan orang jahil, atau supaya dengan ilmu itu wajah orang ramai tertumpu kepadanya, maka Allah masukkan dia ke dalam neraka." (Hadis riwayat at-Turmudzi dan Ibnu Majah)

Semoga kita dijauhkan dari sifat-sifat yang disebutkan di dalam hadits di atas iaitu mahu bersaing atau tunjuk pandai di hadapan ulama, mahu berlagak di hadapan orang jahil dan mengejar kemasyhuran agar orang ramai memuji-mujinya. Kesemua sifat di atas adalah kerana mahu mencari kesenangan dan kemegahan dunia. Maka diterangkan pula dalam hadits di bawah;

:عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ
 مَنْ تَعَلَّمَ عِلْمًا مِمَّا يُبْتَغَى بِهِ وَجْهُ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ لَا يَتَعَلَّمُهُ إِلَّا لِيُصِيبَ بِهِ عَرَضًا مِنَ الدُّنْيَا لَمْ   يَجِدْ عَرْفَ الْجَنَّةِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يَعْنِي رِيحَهَا

Daripada Abu Hurairah; Sabda Rasulullah S.A.W.: "Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu yang dengannya dicari redha Allah Azza wa Jalla, tetapi dia tidak mempelajarinya kecuali untuk mendapatkan habuan dunia, maka dia tidak akan mendapat bau syurga pada hari kiamat." (Hadits riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah. An-Nawawi menshahih-kannya dalam Riyadh as-Shalihin)

Manusia memang tidak akan terlepas dari ujian, kerana manusia pun dicipta oleh Allah S.w.t untuk diuji. Jika ujian datang bertalu-talu pada kita, semoga kita dapat bersabar lah, kemudian mengadu kepada Allah S.w.t Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.


Semoga Allah merahmati, memberkati hidup kita dan mengampuni segala dosa kita, amiin. Baarakallahu lii wa lakum, wa jazakumullahu khoirol jazaa'  :)

1 ulasan:

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (55) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.