Berita Terkini

Biografi Imam As-Syafie

Biografi Imam As-Syafie
Nama beliau ialah Muhammad bin Idris bin Al-`Abbas bin `Usman bin Syafi` bin AsSa’ib dan nasabnya sampai kepada `Abdul Manaf datuk Nabi. Gelaran Asy-Syafi`ie adalah sempena nama datuknya Syafi` bin As-Sa’ib. Beliau dilahirkan di Ghazzah (Gaza), Palestine, pada tahun 150H/767M pada tahun kematian Imam Abu Hanifah An-Nu`man bin Tsabit. Ketika itu pemerintahan Khalifah Abu Jaafar Al-Mansur di kota Baghdad.

Sebelum melahirkan beliau, ibunya bermimpi melihat sebutir bintang keluar dari perutnya lalu naik ke langit. Kemudian bintang itu pecah lalu jatuh bertaburan ke bumi. Cahaya dari bintang pecah itu menerangi seluruh muka bumi. Ibunya terkejut bila mengetahui suaminya juga mengalami mimpi yang sama iaitu dia melihat ada sebutir bintang yang keluar dari perut isterinya.

Ibu bapanya berasal dari Makkah dan mereka menziarahi Palestin ketika Asy-Syafi`ie masih dalam kandungan. Ayahnya meninggal dunia dan kemudian Asy-Syafi`ie pun dilahirkan. Setelah berusia dua tahun, mereka kembali semula ke Makkah dan menetap di Sya`bu l-Hayf.

Beliau seorang yang kuat ingatan, terang hati, rajin serta mempunyaï peribadi yang sangat tinggi. Ibunya Fatimah binti `Abdi Llah bin Hasan bin `Aliy bin Abi Talib. Beliau meninggal dunia pada 29 Rajab tahun 204H/820M di Mesir.

Imam As-Syafi'e merupakan penentang amalan bid'ah. Katanya, semua perkara yang diadakan menyalahi AlQuran dan As-sunnah atau ijmak ulama adalah bid'ah yang keji dan sesat! Manakala mana-mana perkara atau kebaikan yang tidak menyalahi sedikit pun dari kesemua itu adalah bid'ah yang terpuji. Imam As-Syafie berpegang kepada fahaman Ahlu Sunnah Wal Jamaah seperti juga 3 orang Imam Mazhab lain yang terkenal seperti Imam Abu Hanifah (Mazhab Hanafi), Imam Malik bin Anas (Mazhab Maliki) dan Imam Ahmad Bin Hanbal (Mazhab Hanbali).


Pendidikan

Imam Asy-Syafi`ie mula-mula belajar Al-Qur’an ketika berusia lima tahun dan telah menghafaz Al-Qur’an ketika berusia tujuh tahun. Imam Asy-Syafi`ie mempunyaï ingatan yang kuat, berkebolehan tinggi, dan dapat menghafaz semua pelajaran yang diajar.

Apabila gurunya tidak dapat mengajar kerana sesuatu urusan, beliau diamanahkan mengambil tempat gurunya untuk mengajar murid-murid.

Imam Asy-Syafi`ie menguasaï ilmu Al-Quran, hadits, Bahasa Arab dan lahjahnya, serta mahir dalam penulisan dan sya`ir. Beliau belajar hadits daripada Sufyan bin `Uyaynah, Muslim bin Khalid Az-Zanjiy Al-Makkiy, Sa`id bin Salam Al-Qaddah, Dawud bin `Abdi r-Rahman Al-`Attar, dan `Abdu l-Majid bin `Abdi l-`Aziz. Beliau belajar ilmu Al-Qur’an daripada Isma`il bin Qistantin.

Di Madinah, Imam Asy-Syafi`ie belajar daripada Imam Malik bin Anas, Ibrahim bin Abi Yahya As-Samiy, Muhammad bin Sa`id bin Abi Fudayl dan `Abdu Llah bin Nafi` AsSani`. Imam Asy-Syafi`ie menghafaz kitab Al-Muwatta’ Imam Malik ketika berusia 10 tahun semasa beliau di Makkah dan belum lagi berjumpa dengan Imam Malik.

Kitab Al-Muwatta’ adalah kitab yang terkemuka pada ketika itu. Imam As-Syafi’e kemudiannya berhijrah ke Madinah untuk berguru pula dengan Imam Malik. Ketika itu Imam As-Syafi’e baru berumur 20 tahun dan beliau terus duduk bersama Imam Malik sehinggalah kematian Imam Malik pada tahun 179H/796M.

Ketokohan Imam As-Syafi’e sebagai murid terpintar Imam Malik bin Anas mulai diiktiraf ramai. Imam as-Syafi‘e mengambil alih sebentar kedudukan Imam Malik bin Anas sebagai guru di Masjid Nabawi di Madinah sehinggalah beliau ditawarkan satu kedudukan jawatan oleh Gabenor Yaman. Jawatan Imam As-Syafi’e di Negeri Yaman tidak lama kerana beliau telah difitnah sebagai pengikut mazhab Syiah. Selain itu pelbagai konspirasi lain dijatuhkan ke atasnya sehinggalah beliau dirantai dan dihantar ke penjara di Baghdad, yakni pusat pemerintahan Dinasti Abbasiyyah ketika itu.

Imam As-Syafi’e dibawa menghadap kepada Khalifah Harun ar-Rashid dan beliau berjaya membuktikan kebenaran dirinya. Kehandalan serta kecekapan Imam As-Syafi’e membela dirinya dengan pelbagai hujjah agama menyebabkan Harun ar-Rashid tertarik kepadanya. Imam as-Syafi’e dibebaskan dan dibiarkan bermastautin di Baghdad. Di sini Imam as-Syafi’e telah berkenalan dengan anak murid Imam Abu Hanifah dan duduk berguru bersama mereka, terutamanya Muhammad bin al-Hasan as-Syaibani.

Suasana ini memberikan kelebihan yang penting bagi Imam as-Syafi’e, iaitu beliau berkesempatan untuk belajar dan membanding antara dua ajaran Islam, yakni ajaran Imam Malik bin Anas dan ajaran Imam Abu Hanifah.

Pada tahun 188H/804M, Imam As-Syafi’e berhijrah pula ke Mesir. Sebelum itu beliau singgah sebentar di Makkah dan di sana beliau diberi penghormatan dan dipelawa memberi kelas pengajian agama. Imam As-Syafi’e kini mula diiktiraf sebagai seorang imam dan beliau banyak meluahkan usaha untuk cuba menutup jurang perbezaan diantara ajaran Imam Malik bin Anas dan Imam Abu Hanifah. Usahanya ini tidak disambut baik oleh para penduduk Makkah kerana kebiasaan mereka adalah kepada ajaran Imam Malik bin Anas.

Pada tahun 194H/810M, Imam As-Syafi’e kembali semula ke Baghdad dan beliau dipelawa untuk memegang jawatan Qadhi bagi Dinasti Abbasiyyah. Beliau menolak dan hanya singgah selama 4 tahun di Baghdad. Imam As-Syafi’e kemudian kembali ke Mesir dan memusatkan ajarannya di sana pula. Daud bin ‘Ali pernah ditanya akan kelebihan Imam as-Syafi’e berbanding tokoh-tokoh lain pada ketika itu, maka beliau menjawab:

"As-Syafi‘e mempunyai beberapa keutamaan, berkumpul padanya apa yang tidak terkumpul pada orang lain. Beliau seorang bangsawan, beliau mempunyai agama dan i'tiqad yang sebenar, seorang yang sangat murah hati, mengetahui hadits sahih dan hadits dhaif, nasikh, mansukh, menghafal al-Quran dan hadith, perjalanan hidup para Khulafa' ar-Rashidin dan amat pandai pula mengarang."


Saat-saat akhir

Dalam usahanya untuk cuba menutup jurang perbezaan antara ajaran Imam Malik bin Anas dan Imam Abu Hanifah, Imam As-Syafi’e menghadapi banyak tentangan daripada para pengikut Mazhab Maliki yang amat taksub kepada guru mereka. Pada satu malam, dalam perjalanan balik ke rumah dari kuliah Maghribnya di Mesir, Imam As-Syafi’e telah diserang dan dipukul orang sehingga menyebabkan kematiannya. Pada ketika itu Imam As-Syafi’e juga sedang menghadapi penyakit buasir yang agak serius.

Imam As-Syafi’e meninggal dunia pada 29 Rejab tahun 204H/820M di Mesir ketika berumur 54 tahun (Hijriah), dan dikebumikan di Al-Qarafah selepas Asar. Beliau meninggalkan kepada dunia Islam sebuah kitab yang paling agung dalam bidang usul fiqh berjudul ar-Risalah. Kitab ini adalah yang terawal dalam menyatakan kaedah-kaedah mengeluarkan hukum daripada sesebuah nas al-Qur’an dan as-Sunnah. Selain itu Imam as-Syafi’e juga meninggalkan kitab fiqhnya yang termasyhur berjudul al-Umm. Ajaran Imam as-Syafi’e diteruskan oleh beberapa anak muridnya yang utama seperti Abu Yaaqub al-Buwayti (231H/846M), Rabi’ bin Sulaiman al-Marali (270H/884M) dan Abu Ibrahim bin Yahya al-Muzani(274H/888M).

Semoga Allah S.w.t merahmati Imam Muhammad bin Idris As-Syafi'e dan berada di kalangan orang-orang soleh di sana, amin.


Sumbangan

1- Mengasaskan kaedah-kaedah tertentu dalam mensabitkan hukum seperti menggunakan hadits yang sahih untuk mengistinbatkan hukum tanpa melihat statusnya.

2- Tidak menerima kaedah istihsan.

3- Mempersempitkan penggunaan akal dalam mensabitkan sesuatu hukum.

4- Berijtihad mengikut tempat dan suasana.

5- Berhujah dengan golongan anti-hadits, disebut dalam kitab Ar-Risalah.

6- Sangat teliti dalam mengutarakan pandangan khususnya dalam masalah `ibadah.

7- Antara karangan beliau ialah Ar-Risalah, Al-Umm, Ikhtilaful-Hadis, Al-Musnad dan lain-lain.

8- Mazhabnya diikuti di Malaysia, Indonesia, Brunei dan Thailand.


Rujukan:

1 - Biografi Imam Mazhab Empat - Mohd `Adlan Bin Mohd Shariffuddin

2 - Ringkasan Riwayat Hidup 4 Imam


Riwayat Hidup Imam Syafie - Oleh Ustaz Salehuddin Nasir








1 ulasan:

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (54) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (334) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.