Berita Terkini

Buku teks sekolah Arab yang ajar bagaimana untuk kerat tangan dan kaki di bawah undang-undang Syariah

Harap maaf, saya tidak mahu terjemah laporan berita tentang tajuk di atas di sini, tetapi ianya telah dilaporkan oleh akhbar di Britain iaitu Mail Online.

Buku teks sekolah Arab yang tunjukkan bagaimana untuk mengerat tangan dan kaki di bawah undang-undang Syariah

Mereka melaporkan bahawa buku-buku teks tersebut adalah tidak bertamadun (barbaric). Salah satu buku tersebut menunjukkan gambarajah bagaimana untuk mengerat tangan dan kaki pencuri mengikut Hukum Hudud / Undang-undang Syariah.

Buku-buku yang dicetak oleh kerajaan Arab Saudi tersebut juga mengajar remaja bahawa orang-orang Yahudi perlu dihapuskan dan homoseksual perlu 'dihukum mati'.

Cara akhbar dalam talian itu melaporkan betul-betul menghina dan memburukkan Undang-undang Islam. Akhbar Mail Online dan banyak lagi akhbar barat memang sudah lama buat kerja-kerja seperti ini.

Hasilnya, masyarakat semakin memandang serong dan takut pada Hukum Allah itu. Sedangkan mereka tidak faham hakikat yang sebenar.  Komen-komen pembaca di situ pun kesemuanya memandang bahawa Hukum Islam itu zalim dan tidak berperikemanusiaan. Kesian pada mereka yang telah salah faham.

Mungkin mereka lebih suka memanjakan pencuri dan cuba mendidik agar pencuri menjadi baik. Sedangkan kita tahu, ada pencuri yang sangat tegar yang memang sukar menjadi baik kembali melainkan dengan mengajar cara yang diajar oleh 'pencipta manusia' itu sendiri iaitu Allah s.w.t.  Jika mereka lebih suka memanjakan pencuri, maka manusia akan lebih suka menjadi pencuri, dan bertambah lah jenayah kecurian dalam dunia ini.

Sebenarnya, sebagai contoh, tidak semestinya semua orang yang mencuri itu akan dipotong tangan. Kalau setakat mencuri buah di pokok orang, mencuri makanan kerana lapar, mencuri duit RM10 dan seumpamanya lagi, itu belum cukup jahat untuk dikerat tangannya. Ia masih lagi boleh dikenakan Hukum Ta'zir, dimana hukuman mengikut budi bicara hakim. Ada syarat-syarat yang perlu cukup untuk dipotong tangan. Mencuri kerana terdesak, terlalu lapar dan seumpamanya dalam jumlah yang tidak cukup nisab tidak akan dipotong tangan.

Lain lah kalau pencuri itu adalah penjenayah tegar yang mencuri bukannya sedikit dan cukup nisab, dan sangat menyusahkan orang. Tambah lagi jika dibiarkannya, mungkin dia akan membunuh orang lain ketika mencuri. itu baru pencuri yang betul-betul layak dikerat tangannya.

Dan Hukuman dalam Islam bukannya untuk menghukum sangat, tetapi sebagai usaha mencegah dan menakut-nakutkan manusia agar tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah. Mungkin ada beberapa pihak yang terlalu keras dan drastik dalam membuat hukuman, itu yang menyebabkan masyarakat barat yang non-muslim menjadi semakin takut dan benci kepada Hukum Islam.

Banyak salah faham barat terhadap Islam yang perlu diperbetulkan dan diberitahu dengan jelas. Begitu juga dengan masyarakat Islam sendiri pun ramai lagi yang masih tidak faham-faham dengan Hukum Hudud.

Begitulah pengaruh media massa utama (milik Illuminati) bekerja membasuh minda manusia. Tidak ketinggalan media massa tempatan kita pun terutamanya televisyen dan radio, sentiasa menyogok dengan berita-berita yang buruk kepada mereka-mereka yang mahu berjuang menegakkan Islam dan memartabatkan kembali Hukum-hakamnya secara menyeluruh.

Di bawah ini adalah laporan asal dari Mail Online yang menyentuh tentang tajuk di atas .......


Barbaric textbooks handed out in Saudi Arabian schools teach children how to cut off a thief's hands and feet under Sharia law, it has emerged.

The shocking books, paid for and printed by the Saudi government, also tell teenagers that Jews need to be exterminated and homosexuals should be 'put to death'.

Recent editions were obtained by the Institute for Gulf Affairs in Washington, D.C., which says they should raise fears in the West over the use of jihadist language.

The books were published and handed out to 9th and 10th-graders despite Saudi Arabia's promises to clean up textbooks in the kingdom.

Ali Al-Ahmed, director of the Institute for Gulf Affairs, told Fox News: 'This is where terrorism starts, in the education system.

'They show students how to cut (the) hand and the feet of a thief,' he said.

The textbooks were printed for the 2010-2011 academic year and translated from Arabic by the institute.

In one, for ninth-graders, students are taught the annihilation of the Jewish people is imperative.

One text reads in part: 'The hour (of judgment) will not come until the Muslims fight the Jews and kill them. There is a Jew behind me come and kill him.'

According to the translations, women are described as weak and irresponsible.

Mr Al-Ahmed said the textbooks also call for homosexuals to be put to death 'because they pose a danger at society, as the Saudi school books teaches'.

Mr Al-Ahmed said: 'If you teach six million children in these important years of their lives, if you install that in their brain, no wonder we have so many Saudi suicide bombers.'

The Saudi Embassy in Washington D.C. was approached for comment, but there was no immediate response.

[Mail Online]

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (55) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.