Berita Terkini

Permainan video ganas membuat orang lebih agresif

Permainan video ganas boleh mengubah otak hanya dalam satu minggu dan membuat pemain lebih agresif, menurut penyelidik.

Satu kajian telah mendapati bahawa kawasan-kawasan utama di dalam otak mengalami kurang aktiviti, dan meninggalkan berubah secara fizikal.

Hasil kajian akan mengapikan perbahasan terhadap kesan permainan ganas ke atas pemain tegar dan hubungan kepada tingkah laku anti-sosial.

Saintis di Indiana University School of Medicine di Indianapolis, AS mengambil sekumpulan 22 lelaki yang berumur 18-29 tahun dan melakukan imbasan MRI ke atas mereka.

Mereka kemudiannya dibahagikan kepada dua kumpulan, dan satu kumpulan telah diminta untuk bermain permainan video ganas untuk sekurang-kurangnya 10 jam seminggu, manakala kumpulan kedua tidak bermain.

Menurut Sunday Times, penyelidik-penyelidik itu mendapati bahawa kesan ke atas otak ditemui dalam lobus frontal kiri yang lebih rendah dan 'anterior cingulate cortex'.

Laporan abstrak yang akan disiarkan pada mesyuarat tahunan Persatuan Radiologi Amerika Utara lewat minggu ini berkata subjek mengalami perubahan ke atas otak mereka.

Laporan itu berkata: "Subjek menunjukkan pengaktifan yang agak kurang di kawasan-kawasan prefontal yang berkaitan dengan fungsi eksekutif selepas seminggu bermain permainan video ganas."

Walau bagaimanapun, mereka mendapati bahawa apabila pemain berhenti bermain, otak mereka kembali normal.

Penyelidikan ini datang selepas kajian yang lain dari Texas A & M University yang memantau 165 anak-anak muda dalam tempoh tiga tahun untuk menilai kesan permainan video terhadap tingkah laku anti-sosial.

Mereka mendapati tiada kaitan antara tingkah laku pemain dan permainan yang dimainkan. Berbeza sekali dengan kajian terbaru ini.

[Mail Online]


Tengok saja lah pada muda-mudi hari ini, dengan tiada adab sopan dan menggunakan bahasa-bahasa kesat yang kurang ajar di mana-mana termasuk di internet ....... Tapi tidak semua adalah kesan dari permainan video ganas. Filem-filem ganas juga memainkan peranan. Makin banyak pengaruh keganasan, makin buruk lah kesannya, na'uzubillah .......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (63) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (86) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (336) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.