Berita Terkini

Nenek selalu diraba oleh hantu pada waktu malam

Nenek selalu diraba oleh hantu pada waktu malam
Sejak empat bulan yang lalu, Doris Birch, nenek berusia 73 tahun yang tinggal di bandar British iaitu Herne Bay, dilaporkan diganggu beberapa malam oleh hantu yang terus meraba-rabanya apabila dia cuba untuk berehat.

“Ianya seperti sotong kurita. Ketika itu saya berbaring di katil dan sepasang tangan menakutkan mulai terasa meraba-raba. Saya menendangnya dan tangan itu hilang”, jelas Birch.

"Lain kali ia datang saya lemparkan selimut tebal ke lantai!" Tetapi hantu itu terus kembali dan Birch telah menggunakan langkah-langkah drastik untuk berurusan dengan entiti tersebut.

“Saya perlukan pemburu hantu,” tegasnya. Mediator gaib Ray Herne mengatakan, dia akan cuba mengusir hantu itu.

Kejadian yang disebut poltergeist seperti ini diyakini merupakan perbuatan hantu jahat. Poltergeist sendiri berasal dari bahasa Jerman dari kata 'poltern' atau membuat kacau dan 'geist' yang bererti arwah.

Selain daripada keganasan misteri dicabul itu, ketakutan bekas pembantu jururawat yang tampil dengan cerita beliau mungkin membuatkan orang berfikir bahawa dia tidak dapat untuk menjaga dirinya sendiri.

Penyelidik paranormal dan blogger Huffington Post iaitu Alexandra Holzer berkata, adalah sukar untuk mengetahui apa yang memberi inspirasi serangan seksual yang menyeramkan itu tanpa siasatan penuh yang sepatutnya dengan pemeriksaan pengantara-trans yang terlatih dan penyelidik serta sejarah rumah Birch sendiri.

[Huffington Post , Inilah.com]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (58) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.