Berita Terkini

3 Bunga Bangkai tumbuh di halaman Rumah Hantu

3 Bunga Bangkai tumbuh di halaman Rumah Hantu
Sebuah rumah kosong yang terkenal menyeramkan di Desa Baleharjo Kecamatan Wonosari, Gunungkidul, Yogyakarta, tiba-tiba dikepung Bunga Bangkai (Raflesia Arnoldi). Peristiwa ini sempat membuat gamat penduduk kerana baunya yang cukup memualkan.

Sekurang-kurangnya ada tiga bunga bangkai yang tumbuh di sekitar 'rumah berhantu' itu. Satu di antaranya bahkan ada yang berukuran cukup besar. Sementara itu lapan tunas juga kelihatan tumbuh di tanah tersebut.

Menurut Yusuf Aditya, 20, penduduk tempatan, bunga tersebut ditemui beberapa penduduk, ketika mereka bekerja sukarela, pada Rabu (26/10/2011). Bau yang dihasilkan bunga tersebut juga aneh, dan beraroma tidak sedap.

"Saat itu warga tengah membersihkan pekarangan rumah kosong dan mencium bau tidak sedap seperti bangkai," katanya kepada wartawan, Khamis (27/10/2011).

Kemudian, lanjut Adit, penduduk mencari sumber bau dan diketahui berpunca dari halaman rumah yang dikenali kerap muncul hantu itu. Untuk menjangkau lokasi tumbuhnya bunga bangkai tersebut, juga sangat susah, kerana selain di beri pagar buluh setinggi 5 meter, halaman sudah ditumbuhi lalang dan semak berduri.

Penduduk kemudian berinisiatif membongkar pagar dan mendapati kewujudan bunga bangkai ini. Meskipun perlu menutup hidung, namun penduduk tetap ramai menyaksikan tiga bunga bangkai dewasa dan lapan tunas itu.

"Tidak ada yang berani mendekati rumah itu jika hanya seorang diri, kerana penduduk di sini sering diganggu," tambahnya.

Dihubungi berasingan, pensyarah Fakulti Biologi Universiti Gadjah Mada (UGM), Retno Peni Sancayaningsih mengatakan, tanah tropika memang biasa ditumbuhi oleh bunga seperti ini.

Dari ciri-ciri yang diutarakan, dia mengaku masih perlu melakukan kajian lebih dalam. "Kita belum boleh mendakwa bunga tersebut, sebagai bunga bangkai, masih perlu ada beberapa kajian," katanya.

[Markus Yuwono / Sindoradio / ded - Okezone]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.