Berita Terkini

Tengkorak budak lelaki remuk sebelah akibat penderaan mak tiri


Berusia 4 tahun, Zhongbao, seorang budak lelaki yang dilahirkan di Henan, China, memberitahu laman berita dalam talian Cina bahawa ibu tirinya menggunakan sudip kuali untuk memukulnya.

Tengkorak budak lelaki berlubang sebelah akibat penderaan mak tiri

Bukan sahaja dia didera oleh ibu tirinya, bapanya melarikan diri dengan simpanan keluarga sebanyak 2,000 yuan (RM931) tidak lama selepas budak lelaki itu sedar semula selepas rawatan.

ChinaSmack melaporkan bahawa bapa Zhongbao telah bertemu dalam talian dengan ibu tiri dan akhirnya mengambil keputusan untuk hidup bersamanya.

Zhongbao tinggal bersama datuk dan neneknya di Beijing sejak dia bayi, tetapi telah dihantar pulang ke rumah di Henan pada bulan Februari tahun ini, supaya dia boleh menghabiskan lebih banyak masa dengan bapanya.

Tengkorak budak lelaki berlubang sebelah akibat penderaan mak tiri
Zhongbao sentiasa mendapat kunjungan pelawat yang prihatin terhadapnya

Kira-kira 40 hari kemudian, Zhongbao menghadapi penderaan dan mengalami kecederaan teruk, menyebabkan dia hampir kehilangan nyawanya.

Selepas kejadian itu, bapa dan ibu tiri menyatakan mereka tidak mahu rawatan, tetapi datuk nenek Zhongbao mendesak dan cucu mereka dipindahkan ke Hospital Zhengzhou University Number One Auxiliary untuk menjalani pembedahan kedua.

Walau bagaimanapun, bapa dan ibu tirinya melarikan diri dan mereka tidak diketahui berada di mana.

Menurut laporan, selepas Zhongbao tidak sedar diri, ibu tiri itu menjelaskan bahawa dia telah tergelincir dan jatuh ke bawah.

Walau bagaimanapun, apabila dia sedar semula, kanak-kanak itu mengenal pasti bahawa ibu tirinya lah yang telah memukulnya.

Penyiasatan formal terhadap kes itu telah dibuka. Dan oleh kerana tengkoraknya telah lekuk, kapasiti tengkorak itu kini berkurangan, menyebabkan masalah seperti berjalan dan mungkin mempunyai kesan ke atas pertumbuhan pada masa akan datang.

[AsiaOne]


Zaman moden ni pun ada lagi mak tiri yang kuat mendera ya. Semoga Zhongbao mendapat rawatan terbaik dan kembali pulih dan dapat hidup seperti biasa nanti. Dan semoga dia diberikan yang terbaik oleh Tuhan .......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.