Kuda yang digunakan untuk berlumba ini dibawa masuk ke dalam air laut untuk berenang oleh tuannya untuk melatih kakinya agar lebih berotot dan mantap.
Jurugambar Kurt Arrigo tidak mahu melepaskan peluang yang sangat baik ini untuk merakam detik-detik kuda itu berenang dari bawah air.
Imej-imej yang luar biasa ini dirakam oleh Kurt (bukan Kurt Angle atau Kurt Cobain) di perairan Malta.
Kurt dari Malta, telah menjelajah seluruh dunia merakam hidupan liar di bawah air dari kawasan jerung hammerhead di perairan Kepulauan Galapagos di Lautan Pasifik hinggalah mendokumentarikan aktiviti di bawah air di Great Barrier Reef, Australia.
Tetapi dia berkata beberapa kali bahawa mengambil gambar kuda berenang ini adalah lebih bahaya.
Beliau menambah: "Saya mesti mengira kedalaman saya dan memastikan bahawa saya tidak dihentam oleh salah satu daripada tapak kaki haiwan itu.
"Agak menakjubkan kerana anda benar-benar boleh mendengar kuda bersenam - nampaknya ia adalah kerja yang agak sukar untuk mereka, kerana itulah mereka hanya melakukan ini selama sekitar setengah jam."
"Saya tidak pernah melihat apa-apa seperti itu sebelum ini, dan tidak semua kuda boleh berenang kerana beberapanya tidak mengerti."
[Daily Mail , Unikversiti]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)