Berita Terkini

Tips ambil gambar macro dan close up


damselfly macro

Assalaamu'alaikum dan selamat sejahtera.  Di sini saya akan mula mencatat tips-tips berkenaan mengambil foto macro dan close up, mengikut pengalaman saya sendiri.  Menembak gambar MACRO adalah yang paling sulit dan mesti teliti dalam bidang FOTOGRAFI. Ini kerana, semakin kecil suatu subjek maka semakin sempitlah / narrow DOF (Depth Of Field) nya. Maka semakin susah lah untuk mendapatkan fokus yang dimahukan. Semakin suatu subjek kecil itu mahu diperbesarkan, maka semakin sukar lah ia.

Saya akan mulakan sedikit sahaja dulu dan saya akan tambah dari semasa ke semasa jika ada apa-apa tips yang terlintas di kepala saya.  Penulisan ini on the spot je ni, tidak dirancang :D

Tips:

1 - Jika menggunakan Raynox DCR250 sebagai tambahan kepada lense untuk perbesarkan lagi gambar macro, DOF nya juga akan menjadi lebih nipis (shallow) dan fokus semakin sukar daripada biasa.

Tetapi ianya boleh dibalancekan dengan menaikkan lagi aperture, f10 ke atas atau f20 ke atas, bergantung kepada CAHAYA yang ada.

Jika menggunakan FLASH, maka sebaiknya aperture / F nya dinaikkan f20 ke atas agar DOF semakin luas dan fokusnya tidak terlalu sukar sangat dan gambar tidak terlalu blur.

p/s:  Jika mahu lebih details dan magnify 6x, 12x dan 24x, angkut sahaja filter Raynox CM-3500 , tetapi ianya sudah tidak dikeluarkan lagi sekarang. Anda hanya boleh mencari yang second hand , itu pun kalau ada. Filter DCR-250 yang saya selalu guna ini hanya dapat magnify 2.5x    ;)

Dan ada satu lagi produk Raynox yang masih ada iaitu Raynox MSN 202. Saya masih belum mencubanya, tetapi jika dilihat dari spesifikasinya, Raynox MSN 202 mempunyai keupayaan 25 diopter, berbanding dengan Raynox DCR 250 yang berkeupayaan 8 diopter sahaja. Maka secara teori, MSN 202 dapat magnify lagi besar.


2 - Jika mahu mengambil gambar kumbang yang sedang terbang, anda boleh mencari tempat dia berehat.  Biasanya atas ranting-ranting kayu dan seumpamanya dan di waktu lepas tengahari.  Jika anda menghampirinya, dia akan terbang lari, tetapi biasanya dia akan datang semula bertenggek di atas ranting atau batang kayu tempat dia berehat tu.   Maka kita kena sabar dan jangan lari dulu dari situ. 

Tunggu masa dia kembali semula ke ranting kayu itu untuk melakukan shoot dia sedang terbang.  Saya biasa guna lense macro-telephoto, anda boleh lah mencuba dengan lense macro mana-mana pun. Dan saya hanya gunakan manual focus. Tetapi jika auto focus lense anda laju, maka sebaiknya guna auto focus agar lebih mudah.

Kumbang itu mungkin akan terbang lari dengan gerakan-gerakan anda, tetapi biasanya dia akan datang kembali berulang-ulang ke ranting kayu tadi. Asalkan anda tidak membuat gerakan terlalu agresif dan bising. 

Maka kena terlalu berhati-hati, perlahan-lahan dan tawakkal kepada Tuhan, insyaAllah anda akan dapat shoot gambar kumbang sedang terbang.

3 - Paling best lighting gambar ialah dengan menembak serangga di waktu tengah panas, natural light dari cahaya matahari yang paling best bagi saya, TANPA menggunakan Flash. Tetapi jika cahaya suram atau gelap, maka anda boleh lah menggunakan Flash dan mengurangkan kekuatan flash dengan mengubah settingnya dalam kamera dan juga menggunakan diffuser. Built-in flash pun kadang-kadang sudah memadai di samping speedlight / external flash.

Tetapi jika mahu lagi bagus, gunalah macro flash yang sudah direka khusus untuk mengurangkan shadow atau membuatkan shadow tidak terlalu gelap dan garang.  Ianya memerlukan kos yang agak tinggi sedikit.

4 - Jika mahu menembak serangga yang biasanya liar dengan lebih mudah, anda boleh menembak di waktu awal pagi atau lewat petang. Waktu itu biasanya serangga-serangga ini berada dalam keadaan santai, berehat-rehat ataupun tidur. Serangga-serangga juga biasanya mengawan / make love pada waktu-waktu begini.

5 - Untuk menghasilkan background yang FULL BOKEH / FULL BLUR, pastikan subjek background agak jauh atau lebih jauh dari subjek utama, dengan aperture yang sesuai bergantung kepada lense dan apa macro filter yang anda gunakan.

Dan untuk menghasilkan bokeh yang cantik, biasanya background pun mestilah dalam keadaan cantik. Berikan tumpuan pada gubahan / komposisi (composition) dalam gambar itu.

6 - Untuk menghasilkan background yang ada bokeh bulat / hexagon dan sewaktu dengannya, pastikan pada background terdapat titik-titik air / water drops yang membiaskan cahaya matahari atau mana-mana cahaya. Biasan cahaya dari air itulah yang biasanya menjadi bokeh bulat-bulat / hexagon pada suatu gambar macro. Contohnya seperti gambar nyamuk di bawah ini;





7 - Untuk mendapatkan lighting yang lembut, selain dari memakai diffuser, atau membuat DIY (Do It Yourself) diffuser, anda boleh angkat sikit ISO, 400 ke atas ke, setakat yang dapat dan selagi NOISE tidak ketara sangat.  Walaupun cuaca sudah cerah, tetapi jika diangkat ISO lebih tinggi, 'Global illumination' akan semakin baik.

Global illumination tu ibaratnya cahaya dari pelbagai arah akan mencahayakan subjek tu. Maka di tempat gelap tidak menjadi terlalu gelap sangat. Tidak seperti gambar-gambar di atas yang terlalu keras. Saya gunakan ISO 100 belaka pada gambar-gambar di atas.  


~Neezhom Photomalaya~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (54) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (334) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.