Berita Terkini

Pusat Dakwah Islam Brunei mahu pastikan mualaf tak sendirian

Muslim di Brunei - BH Photo
Mualaf di Brunei
Sangat bagus sekali langkah yang diambil oleh Pusat Dakwah Islam Brunei ini, semoga menjadi pengajaran juga kepada lembaga-lembaga di Malaysia.

Saban tahun Muslim di Brunei Darussalam menyambut anggota baru dalam komuniti mereka. Ini kerana, ratusan orang memutuskan untuk memeluk Islam dan menjadi mualaf.

"Kami memandu mereka sehingga mereka dapat menjalankan ibadah dan ajaran Islam dalam kehidupan," ujar ketua Bahagian Konservasi dan Panduan Islam dan Mualaf, Abd Aziz Hj Abd Kahar, di Pusat Dakwah Islam Brunei.

"Kami ingin agar mereka kelak menjadi Muslim utuh yang seimbang lahir batin," tambahnya. Rupanya setiap tahun tak kurang dari 300 orang memeluk Islam di Brunei.

Tahun lalu, jumlah mualaf mencapai rekod tertinggi dengan sekurangnya 647 orang menjadi Muslim. "Kami ingin saudara dan saudari baru kami memeluk Islam menyeluruh, bukan hanya nama," ujar Abdul Kahar.

"Ada orang-orang yang dilahirkan Muslim tapi tidak menjalankan ibadah. Kami tak ingin seperti itu," ujarnya.

Pimpinan Muslim mengatakan para mualaf diperlakukan sama dengan Muslim lain di Kesultanan tersebut. "Tak ada perbezaan dan pelabelan khusus," ujarnya.

"Kami semua sama dan ramai dari mereka (mualaf) adalah pemimpin di komunitinya. Kami harus berbahagia dengan kesempatan ini."

Sebagai program pembimbingan, para pemimpin Muslim menyiapkan serangkaian latihan bagi mualaf untuk membantu mereka memenuhi ketentuan dalam Islam. "Bantuan akan diberikan kepada mereka yang memerlukan," ujar Abd Kahar.

"Tujuannya agar tidak ada masalah bagi mualaf kami untuk menjalankan ibadah menurut Islam," ujarnya

Setelah seseorang mengikrarkan Syahadah, mualaf akan mendapat kursus perkenalan tentang Islam selama 10 hari. "Sejak pertama mereka bersyahadah, kami sudah ada di sana untuk membantu dan memandu mereka," ujar Abd Kahar.

Dalam latihan itu, mualaf Brunei juga mendapat bahan mengenai apa yang diizinkan dan dilarang dalam Islam. "Latihan ini meliputi aspek-aspek akidah, halal (baik objek mahupun tindakan menurut hukum Islam) dan haram (mengacu pada perbuatan apa pun yang dilarang oleh agama) serta bersuci (thaharah).

"Mereka akan dibekalkan dengna pengetahuan yang membuat mereka mampu melaksanakan kewajipan sebagai seorang Muslim."

Pusat Dakwah juga menawarkan kursus-kursus tingkat lanjut bagi mualaf yang mencari pengetahuan lebih dalam. "Ini adalah sebahagian dari pembelajaran sepanjang hidup," ujarnya.

Setiap Jumaat dan Sabtu, Pusat Dakwah juga membuka kelas untuk menjawab semua pertanyaan tentang Islam. "Di kelas ini mereka boleh menyuarakan pertanyaan atau pemikiran dan permasalahan," jelas Abd Kahar.

Dia mengatakan semua keupayaan tadi demi membantu para mualaf memperkuatkan keyakinan mereka dan perbuatan baik. "Para non-Muslim melihat bagaimana Islam dipraktikkan sehari-hari di Brunei," ujarnya. "Agama ini tertanam dan menjadi sebahagian dari kehidupan kami. Inilah yang membuat mereka berfikir tentang keindahan Islam dan nilai-nilai di dalamnya.

[On Islam , republika.co.id , Unikversiti]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (56) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.