Kita lihat sekarang ada usaha-usaha untuk memartabatkan Tulisan Jawi. Saya kata bagus, bukan tidak bagus. Cuma ada lagi yang lebih penting, iaitu memartabatkan Bahasa Arab di negara kita ini.
Ini kerana jika semua orang mahir Tulisan Jawi sekali pun, ianya hanyalah Bahasa Melayu yang boleh dikatakan semua orang Melayu sudah faham dan pertuturkan. Ia adalah penggunaan zaman dulu kala sebelum tulisan rumi berkembang di Malaysia. Ia umpama satu barang klasik dan sejarah kepada bangsa kita, dan boleh lah jika disimpan untuk dikenang.
Maka jika ada sebahagian dari kita yang pelajari Tulisan Jawi pun sudah memadai, sekurang-kurangnya ia tidak hilang dan luput dari ingatan. Sepertimana khazanah-khazanah dan bahan-bahan sejarah lain. Tak perlu lah semua orang menumpukan hanya untuk belajar Tulisan Jawi semata, tanpa belajar Bahasa Arab. Kerana yang penting adalah pemahaman terhadap ilmu yang akan dipelajari nanti, bukannya sekadar bahan aksesori untuk diperagakan. Sekarang ini tulisan rumi digunakan untuk belajar dan mencari ilmu, maka sudah cukup dengan tulisan rumi sahaja, tanpa memberat-beratkan menambah tulisan jawi. Tapi saya tidak katakan salah belajar tulisan jawi.

Sedangkan Bahasa Arab adalah Bahasa AlQuran dan AlHadith, dan jika tidak faham Bahasa Arab maka sukarlah untuk faham AlQuran dan AlHadith dengan sebaik mungkin. Jika tidak faham betul-betul AlQuran dan AlHadith, maka mudah lah muncul golongan yang melawan ulama, sedangkan ilmu agama padanya hanya secubit. Kenapa melawan ulama? Kerana dia mengikut fahamannya sendiri tanpa merujuk betul-betul kepada AlQuran dan AlHadith serta tafsir dan syarahnya, sedangkan dia jahil.
Tambah lagi, jika mahir Bahasa Arab dan tulisannya, insyaAllah sudah tentulah anda akan menjadi pandai dalam Tulisan Jawi dan boleh menguasainya. Kerana penggunaan huruf-huruf dalam Tulisan Jawi juga diambil dari Tulisan Arab.
Hukum mempelajari Bahasa Arab adalah fardhu kifayah jika menurut Syeikhul Islam Ibnu Taimiah. “Sudah dimaklumi bersama bahawa hukum mempelajari dan mengajar bahasa Arab adalah fardhu kifayah.” (Majmu’ Al-Fatawa: 32/252)

Dalam sejarah tercatat, sudah menjadi agenda oleh King George dari Kerajaan British dulu, yang mahukan anak-anak orang Islam dijadikan TIDAK MINAT Bahasa Arab. Jika tidak minat Bahasa Arab, maka akan semakin jauhlah umat Islam dari AlQuran dan AlHadith, dan semakin tidak faham lah dengan agama sendiri.
Ianya bukan perkara enteng dan boleh dipandang ringan. Kesannya sudah dapat kita lihat sekarang apabila umat Islam sendiri sudah tidak faham dengan isi AlQuran dan AlHadith , kemudian tampil melawan ulama yang mahir dalam bidang AlQuran dan AlHadith. Umpamanya, seorang petani tampil melawan seorang mekanik apabila bercakap tentang pembaikian kereta. Petani itu pula lebih-lebih bercakap tentang membaiki kereta dari seorang mekanik, dan merendah-rendahkan mekanik tersebut, sedangkan petani itu sendiri pun tidak pernah membaiki kereta.
Ramai yang melawan ulama sekarang ini sudah merasakan dia pandai ilmu agama, sedangkan apa yang ada padanya hanyalah pengetahuan Agama Islam yang dipelajari di sekolah rendah dan sekolah menengah. Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, ilmu Agama Islam yang ada di sekolah-sekolah rendah dan menengah itu belum mencapai peringkat ASAS lagi pun. Banyak lagi yang perlu dipelajari dan difahami jika mahu diperkatakan. Lain lah kalau dulu anda masuk ke sekolah pondok.
Jika ada ulama yang berdebat atau berselisih pendapat dengan ulama lain, itu kerana mereka mempunyai hujjah dan pandangan masing-masing kerana mereka sama-sama belajar dan mendalami ilmu agama. Maka tidak perlu lah kita yang kurang ilmu agama ini lebih-lebih pula merendahkan salah seorang dari ulama itu.

Tapi tidak lah dipaksa orang-orang awam untuk mempelajari semuanya sama seperti ulama dan ustaz-ustaz kita pelajari, tapi yang penting dengar lah cakap ulama selagi ulama itu bercakap perkara yang benar dan disebut oleh AlQuran dan AlHadith, kemudian belajar lah setakat mampu. Tidak perlu lah kita menjadi fanatik kepada sebelah pihak, hinggakan ulama itu bercakap perkara benar dan ternyata dari AlQuran dan AlHadith pun kita tidak boleh terima dan tolak mentah-mentah. Itu sudah parah, na'uzubillah.
Dan sememangnya kita tidak digalakkan ta'asub kepada seseorang ulama semata-mata , kerana ulama tidak maksum. Selagi ucapannya tidak bercanggah dengan aqidah dan syariah, maka perlu didengar. Dan sudah tentulah dalam banyak-banyak pengajaran dan ucapannya, ada juga berlaku salah dan silap, kerana ulama juga tidak sunyi dari salah dan dosa.
Dan dengarlah juga pengajaran-pengajaran dari ulama lain. Maka bagaimana untuk kita tahu mana yang bercanggah dan mana yang tidak? Itu lah pentingnya belajar Bahasa Arab, memahami gaya bahasa, tatabahasa dan seumpamanya, maka kita boleh rujuk sendiri pula nas AlQuran dan AlHadith, dan boleh membaca tafsir AlQuran dan syarah hadith pula kemudiannya. Wallahu a'laa wa a'lam .......
Maka adakah anda sudah nampak mana yang lebih penting dan mana yang kurang penting? :)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)