Berita Terkini

10 gunung berapi dalam laut

Tahukah anda bahawa Mauna Kea atau Gunung Putih (White Mountain) di Hawaii adalah gunung bawah laut tertinggi di dunia dengan ketinggian mencapai 16,400 meter dari dasar laut hingga ke puncak. Rangkaian gunung berapi terpanjang di dunia, dengan panjang mencapai 2,400 km, juga ada di kepulauan itu.

Ketika ini diketahui ada sekitar 5,000 gunung berapi aktif di bawah laut di seluruh dunia, pelbagai saiz, berdiri sendirian atau membentuk rabung dengan gunung berapi yang lain, dimana yang tertinggi akan bangkit di atas permukaan sebagai pulau. Bahagian tenggelam Kepulauan Hawai, sebagai contoh, adalah salah satu daripada rabung gunung berapi yang terbesar dan terpanjang - lebih daripada 2,400 km (1,500 batu) panjang.

1. Molokini Crater, Hawaii

10 gunung berapi dalam laut
Foto kredit: maui-boat-rental.com

Ketinggian gunung ini membuat puncaknya keluar separuh di permukaan laut dan membentuk bulan sabit. Kawasan di sekitar gunung ini sangat disukai para penyelam dan kaya dengan habitat burung laut.


2. Morro Rock, California

10 gunung berapi dalam laut
Foto kreditDoc Searls

Gunung ini merupakan salah satu rangkaian gunung berapi yang dikenali dengan nama 'Nine Sisters'. Batu itu telah dinamakan sebagai 'El Morro' (kerikil) oleh penjelajah Portugis pada abad ke-16 apabila kawah gunung berapi masih boleh dilihat. Hari ini, hakisan terus-menerus membentuk Morro Rock.


3. Surtsey, Iceland

10 gunung berapi dalam laut
Foto kredit: NASA

Dalam sesetengah kes, letusan gunung berapi bawah laut akan membentuk pulau baru di atasnya. Itulah yang terjadi pada Surtsey. Pada 1963, gunung ini meletus dan pulau baru terbentuk di atasnya.  Pulau ini menjadi yang paling muda, objek kajian yang sesuai untuk ahli-ahli geologi, ahli botani dan biologi dan telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.


4. Eldfell Volcano, Heimaey Island, Iceland

10 gunung berapi dalam laut
Foto kredit: Calum Davidson

Iceland merupakan negara yang kaya dengan gunung berapi bawah laut, dan majoriti gunung-gunung berapi di negara ini tergolong dalam gunung berapi aktif. Letusan paling besar terjadi pada tahun 1973, ketika lava gunung ini menutupi Pelabuhan Helmaey.


5. Iwo Jima, Jepun

10 gunung berapi dalam laut
Foto kredit: dpri.kyoto-u.ac.jp

Gunung berapi ini terletak berhampiran Pulau Iwo Jima, di lautan Pasifik. Gunung ini pernah meletus pada tahun 2005.  Seorang anggota tentera Jepun yang ditempatkan di pulau itu telah memberi amaran kepada pihak berkuasa selepas perasan  kepulan stim 1-km (3,280 kaki).


6. Brothers Volcano, Kermadec Arc, New Zealand

10 gunung berapi dalam laut

Diagram tiga dimensi dari gunung ini merupakan bahagian dari gunung berapi aktif Karmadec Arc. Letaknya 1,850 meter di bawah permukaan laut. Terdapat kawah besar dengan kedalaman 300 - 500 meter.


7. Healy Volcano, Kermadec Ridge

10 gunung berapi dalam laut
Foto kredit: mitrasites.com

Ini merupakan gunung berapi besar lainnya di Kermadec Ridge, yang terletak sekitar 400 km Timur Laut New Zealand.


8. NW-Rota 1, Jepun

10 gunung berapi dalam laut
Foto kredit: geology.com

Pada 29 April 2006, gunung ini meletus dan lava berwarna merah menyembur dari kawah NW-Rota Pit di kedalaman 560 meter di bawah laut. 


9. Kick 'Em Jenny, Grenada

10 gunung berapi dalam laut
Foto kredit: makaisails.com

Gunung ini terletak sekitar 8 km dari utara Grenada dan termasuk gunung berapi aktif di Laut Caribbean. Gunung ini meletus pertama kali pada tahun 1939 dan terakhir pada 2001.


10. Bransfield Strait, Antartika

10 gunung berapi dalam laut
Foto kredit: Lyubomir Ivanov

Meskipun selalu diselimuti salji, Antartika menyimpan rangkaian gunung berapi di dasar lautnya dan kebanyakannya masih aktif. Salah satunya adalah Bransfield Strait yang puncaknya keluar di permukaan laut.


[Environmental Graffiti , Unikversiti]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (87) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.