Berita Terkini

MPK larang wanita Islam jadi GRO mulai tahun depan

Say no to GRO
Alhamdulillah, satu tindakan yang sangat bagus, boleh dipuji. Nampak juga usaha untuk mengurangkan maksiat, apa lagi yang melibatkan wanita Islam yang kebanyakannya terbiar begitu saja selama ini tanpa DITEGUR dan DIKENAKAN TINDAKAN.

Semoga penguatkuasaan akan dilakukan nanti, bukan sekadar satu keputusan dalam mesyuarat, dan akan dilaksanakan secara berterusan, demi mengurangkan dan membasmi gejala MAKSIAT dan JENAYAH SEKS di negara ini.

Dan semoga majlis perbandaran negeri lain pun ikut jejak ini ....... Dan apa yang paling penting, (selain kerjasama) , ialah semoga ini tidak hanya satu retorik politik, tetapi akan dilaksanakan nanti. Berikut adalah laporan dari Bernama.

KUANTAN: Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) akan menguatkuasakan larangan wanita Islam menjadi pelayan pelanggan atau GRO di semua pusat hiburan di bandar ini pada tahun depan.

Yang Dipertua MPK, Datuk Zulkifli Yaacob, berkata keputusan itu diluluskan pada mesyuarat MPK di sini hari ini dan tarikh penguatkuasaannya akan ditetapkan nanti.

Beliau berkata, semua ahli majlis MPK bersetuju dengan cadangan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) sebelum ini agar umat Islam dilarang bekerja di pusat hiburan yang menghidangkan minuman keras di bandar ini.

"Hasil kajian yang dilakukan mendapati 85 peratus pekerja pusat hiburan terdiri daripada orang Melayu yang beragama Islam dan mereka terdedah untuk meminum minuman yang memabukkan itu.

"Selain itu, ianya juga secara tidak langsung memberi kesan negatif apabila GRO beragama Islam, sekalipun tidak meminum tapi mengangkat dan menghidangkan minuman keras kepada pelanggan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat MPK.

Katanya, berdasarkan beberapa siri pemeriksaan yang dijalankan pihak JAIP, kastam, polis, imigresen dan MPK mendapati ramai pekerja pusat hiburan terbabit meminum minuman keras.

Zulkifli berkata, selain itu GRO juga sering dikaitkan dengan masalah sosial dan perbuatan tidak bermoral.

"Kita juga akan mempertingkatkan kerja-kerja operasi bersepadu di kalangan agensi penguatkuasa bagi mencegah orang Islam meminum minuman keras," katanya.

[Bernama]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (54) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (334) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.