Berita Terkini

Menara tenaga solar di Arizona akan menjadi bangunan kedua tertinggi dunia

Menara tenaga solar gergasi setinggi 2,600 kaki akan dibina di padang pasir Arizona, AS, dan akan menjadi bangunan kedua tertinggi di dunia.

Menara tenaga solar di Arizona

Tingginya dua kali ganda ketinggian Empire State Building, dan akan menjadi bangunan tertinggi kedua di dunia. Ketika ini bangunan tertinggi adalah Burj Khalifa yang menjulang 2,717 kaki di Dubai. Ini belum lagi dicampur dengan menara tertinggi di dunia yang bakal dibina di Arab Saudi.

Menara yang akan dibangun di La Paz County, 130 batu sebelah barat Phoenix ini, direncanakan sebagai sumber eletrik revolusi jauh di padang pasir.

Menara tenaga solar di Arizona

Sejumlah turbin akan digunakan untuk mendorong udara yang dipanaskan matahari melalui cerobong setinggi 2,600 kaki yang akan menghasilkan sejumlah besar tenaga alamiah. Diperkirakan lebih dari satu juta megawatt akan dikeluarkan, menyediakan elektrik yang cukup untuk keperluan 150,000 buah rumah.

Projek ini sedang direncanakan oleh sebuah perusahaan bernama Enviro Mission. Chris Davey, presiden perusahaan ini mengatakan kepada laman azfamily.com, pada hari Rabu: "Ia tidak menggunakan air, begitu handal, biayanya kompetitif. Saya tidak fikir industri ini boleh meminta lebih dari itu."

Menara tenaga solar di Arizona

Adalah dianggarkan projek itu akan menelan belanja $700 juta dolar. Kawasan di Arizona dipilih untuk projek ini kerana ia panas, rata dan berdekatan dengan talian penghantaran di kedua-dua Arizona dan California.

[Dailymail.co.uk]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (58) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.